Semasa balik kampung beberapa bulan lepas adik beritau ada kedai kepok lekor baru buka. Being orang Pantai Timur memang tak boleh lepas dengan keropok lekor...kalau orang ajak tukar kepok lekor dengan murtabak....tak nak, tukar dengan cucoq udang...tak nak.....tukar dengan sate atau dengan ayam percik...err...makan kepok dulu, ayam percik kemudian boleh makan....
Dari jauh dah nampak bungkusan keropok keping dan botol- botol sos keropok yang dijual berasingan. Dah fikir dah berapa bungkus nak beli ...sangat sesuai untuk buah tangan.
Tengok di bahagian belakang, ikan yang telah dibuang tulang dan telah bersih dimasukkan dalam mesin pengisar ikan. Masa saya pergi tu proses buat kepok lekor dah siap. Mesin pengisar dah dibasuh dengan bersihnya supaya tak berbau ikan. Kedai ini sangat bersih dan tiada lalat yang datang menghurung.
Ikan yang telah dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas di atas untuk diuli dengan tepung sagu hingga menjadi doh..Tepung sagu diimport dari Trengganu.
.....kemudian direbus hingga masak....bila masak keropok akan timbul di permukaan periuk.
..... lepas tu ditoskan dan dibiar bagi sejuk. Kita boleh beli terus fresh keropok lekor sebanyak mana yang kita hendak. Ia juga disejuk-bekukan untuk dijual sebagai frozen keropok lekor.
Semoga perniagaan keropok lekor Che De berkembang maju...aamiin...








