Saturday, February 9, 2013

Amanat Yang Menikam Qalbu



Ada dua amanat yang diberi dalam dua majlis meraikan pengantin di dua tempat yang berlainan -

Ingat noo....bila dah berumahtangga ni, jangan lagi dok pi makan kat kedai - rajin-rajinlah masak kat rumah , orang lelaki / suami makan apa saja yang isteri masak, nasi dengan telur goreng pun rasa sedap bukan main.

( Kalau laki tak cerewet bolehlah masak apa-apa saja, kena yang cerewet, dah lah balik kerja lewat petang dok demand masakan macam yang mak dia dok masak masa dulu-dulu - kari ikan, masak lemak cili api,  ayam goreng berempah , daging bakar  atau lain-lain yang bukan-bukan. Kalau bini cuba masakan tu -  bila tak serupa macam masakan mak dia , mulalah komplen! )

 Sooooooo......the smart wife pretended ada koje banyak kat ofis tak boleh keluar awal - Makan kat luar lah bang kita hari ni!?
Makan kat kedai mamak pandai pulak tak komplen pun......

The doting wife pulak bukan main pulun lagi masak sampai jadi macam masakan mak mertua - just to please the husben! biarlah penat melepek.....masak 2 jam, makan 15 - 20 minit dah selesai.....

Amanat yang lain pulak ialah, bila dah dapat anak tu, janganlah dok pegi tinggai kat rumah mak ( tak kiralah mak suami atau mak isteri ) ...jangan buat lagu tu nooo....kesianlah kat mak ayah - depa dah tua, depa pun dah tak larat dan perlu berihat! hangpa pandai-pandai lah bela anak hangpa sendiri

( Kalau terdesak tu ok , sekali sekala takpe , tapi kalau mak dah jadi macam orang beranak kecik........ bo patut maaa...... )
Kalau mak bapak memang volunteer nak jaga cucu , itu lain cerita !


Thursday, February 7, 2013

One For The Album











Just found this photos in and old folder - preparations for Miss Indicisiveness's aka the now - defunct Miss kerabukakiayam.com's engagement ceremony in 2010.

Tuesday, February 5, 2013

Baca Hati!



Ramai di antara kita , bila tengok kanak-kanak yang comel suka memuji .

Comelnya adik, kulit putih melepak , rambut kemerah-merahan! Tapi kakaknya lain pulak, kulit hitam sikit...

Kakak pun tersentap mendengar perbandingan tu.....

Bila bercakap dengan kanak-kanak kecil , kena beralas sikit kata-kata tu akak oii , walau pun depa kecil tapi depa ada perasaan .
Makcik yang bermulut capoi tu pun berlalu tanpa menyedari bahana kata-katanya setelah membukak mulutnya  yang luas tuh.......

Maka mama dan papa pun buat sekian kalinya  kena mententeramkan gadis kecil yang terluka hatinya......

Friday, February 1, 2013

Nak Sama Macam Orang Lain



Adik Manis aka Miss Goldilocks baru darjah satu, dia mintak dengan mama dia nak pakai tudung pegi sekolah , mama dengan papa couldn't be happier anak pompuan kecik-kecik lagi dah nak bertudung. Mama faham benar Miss Goldilocks tak suka rambutnya  yang ikal mayang tu sebab tak sama dengan adik dan kakaknya dan kawan-kawan lain di sekolah. Walau pun  rambutnya cantik, tapi dia tak faham  fasal cantik tu, dia nak sama macam kakak dan adiknya! Lagi pulak setiap pagi dia ada masalah nak menyikat rambutnya dengan cepat.

Comel bukan main pakai tudung pegi sekolah, tapi bila balik sekolah waktu tengah hari, cuaca panas terik muka pun naik merah padam dan badan berpeluh-peluh....

...Mama....esok tak nak dah pakai tudung pegi sekolah!
Mama tersenyum melihat keletah gadis kecilnya.



Amazon.com ; Books  -   google search




Come tomorrow dia sendiri nak pakai tudung bila nak ke sekolah...sekarang dah hampir sebulan bertudung dan tak komplen dah! .....

Monday, January 28, 2013

Saturday, January 26, 2013

Jadi Macam Santan Kelapa




...jangan jadi daun lalang tak boleh dibuat sayur!



Google Search





Orang tua dulu-dulu selalu kata......kalau jadi orang tua biarlah macam kelapa, lagi tua lagi banyak santan, jangan jadi macam tunggul kayu buruk  -  muka kusam hati  kering.. silap-silap orang ingat hantu. Macam orang penakut, nampak tunggul kayu disangkanya hantu!

Salah seorang sahabat saya pernah kata, kita ni kalau dah jadi orang tua biarlah jadi pakar rujuk pada anak-anak cucu, tak maulah nanti bila anak cucu tanya masalah feqah .....

tok..k..k....kalau tertelan air masa berkumur-kumur batal tak puasa ?
dah telan ke?
dah, tok...
kalau macam tu batallah, bolehlah berbuka puasa... ( cucu pun pucuk dicita ulam mendatang terus pergi selongkar periuk! )

Jangan tergelak, kita ingat perkara begini tak pernah berlaku,  ia memang ada berlaku!

Ada jugak sahabat yang belajar pelbagai ilmu ---feqah, sirah , tilawah, semata-mata buat persediaan untuk anak cucunya . Kalau takde rotan akar pun berguna katanya, kalau tak dapat ustaz/ustazah untuk mengajar mereka, tok boleh ajar buat sementara waktu.

Pendek kata kalau dah tua , janganlah dok buat lagha tak ambik kisah nak perbaiki diri , sekurang-kurangnya bila mati ada jugak tinggal ilmu yang bermanfaat walaupun sedikit.


Tuesday, January 22, 2013

Dah Kurang Belit!






Setelah rimbun  dah dapat dikawal......









 ....tinggal dahan yang tak terlalu panjang dan tak berbelit-belit!







Sunday, January 20, 2013

Mempelajari Qiraat Asyara








Kitab-kitab Qiraat


 1. Riwayat Syu'bah bin 'Ayyasy
 Usul Dan Farsy Qiraat
 Dari Qiraat 'Asim Bin An-Najud Al-Kufi
 Dari Toriq Asy-Syatibi Dan Al-Jazari
 Harga senaskah : RM 35.90



Bagi sesiapa yang mahir dalam bacaan Al Quran Riwayat Hafs, bolehlah menambah ilmu dengan
mempelajari Al Quran Riwayat Syu'bah, sebab kedua-dua Rawi adalah dari Imam 'Asim.
Bacaan Syu'bah ini mudah , pada asasnya sama saja seperti bacaan Hafs ( bacaan yang kita baca hari-hari ), hanya ada khilaf dibeberapa tempat sahaja. Dengan berpandukan kitab ini kita akan dapat mempelajarinya dengan mudah.
       













 2.  Qiraat Sepuluh
 Surah Al-Fatihah Dan Ad-Duha Hingga An-Nas -
 Dari Toriq Asy - Syatibiy Dan Ad-Durrah
 Harga senaskah: RM 35.90


Buku ini sangat sesuai bagi orang yang berminat untuk belajar Qiraat Asyara ( Qiraat 10 ) . Ia mengandungi
senarai  Usul Qiraat dan Farsy Huruf  yang boleh dijadikan panduan bagi memudahkan lagi pelajar-pelajar
baru untuk memahami  dan membaca secara ifrad dan jamak Tajwid Qiraat 10 .






Ke dua-dua buku di atas disusun oleh Ustaz Mohd Rahim Jusoh
Pensyarah Al-Qur'an dan Al-Qiraat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 :
Tel: 013-9340027


PERINGATAN :
Belajar Ilmu Qiraat hendaklah mengambilnya dari guru secara bertalaqqi dan musyafahah.









Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...