Monday, October 24, 2011

Anak Bertuah.....2

Seorang kawan memberitahu saya , anak lelaki jirannya selalu ponteng sekolah tapi sampai hari ini ibubapanya tak tahu. Setiap hari sianak tu akan menalipon bibiknya , tanya mak ayah dia ada tak di rumah. Kalau takde dia pun balik bawak kawan-kawan sekolah, lepak-lepak , main games dan hisap rokok. Akhir-akhir ni ada pulak pelajar perempuan yang ikut sama.

Albibik  tu pulak takut nak beritahu ibubapa budak tadi, takut kena penumbuk dan penerajang dan lain-lain lagi, jadi terpaksalah mendiamkan diri serta membersihkan segala bahan-bahan bukti yang bersepah-sepah atas lantai takut mak bapaknya balik ternampak puting rokok dan terbau asap rokok. Bila ditanya kenapa jiran-jiran tak tolong tegur atau tolong beritahu ibubapanya, jawapannya sama jugak, mereka takut anak-anak mereka diapa-apakan.

Sedih jugak memikirkan, ada pembantu rumah yang sepatutnya amanah pada majikan, tapi menyembunyikan perbuatan buruk anak tuan rumah. Jiran-jiran pun tak berani nak masuk campur. Pernah berlaku pembantu rumah memberitahu tuan rumah fasal anak lelaki yang tengok x-rated filem bila ibu bapa pergi out station , akhirnya pembantu itu yang dimaki dan dihalau dari rumah. Bukan senang nak tegur anak orang , kadang-kadang anak sendiri pun banyak yang tak boleh ditegur!







No comments: