Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44?
Pernah tak kita terfikir? Dulu saya tak pernah fikirkan hal ini. Makcik saya yang pada masa itu berumur 70an beritahu saya dia dah tak nak lagi keluar jauh- jauh ke negara asing sebab dah tua, kalau apa- apa jadi di negara asing akan menyusahkan orang...
Setelah saya dah masuk dalam circle orang tua baru terfikir dengan seriousnya kemungkinan yang kita tak sangka akan berlaku. Tambahan pula pernah tersiar berita- berita berlakunya kematian, kena stroke atau kena masuk hospital atau lain- lain yang tidak dijangka ketika kita berada di luar sana - sudah tentu akan menyusahkan keluarga....dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelesaikannya..
Perkara yang tak pernah disangka ini pernah berlaku pada keluarga suami saya dalam peristiwa kepala air di Kedah..Anak saudara suami mempunyai berapa buah chalet yang dibina di tepi sungai di kaki Gunung Jerai beberapa tahun lalu. Semasa kepala air turun dari Gunung Jerai dengan sekelip mata telah merempuh dan menghanyutkan semua chalet yang berada di kiri kanan sungai itu...
Peristiwa demi peristiwa itu mengajar kita bahawa kemalangan , kerosakan dan bencana boleh terjadi tak kira masa atau tempat dan kadang-kadang di luar jangkaan.
Ada pun kita, haruslah sentiasa bertawakkal pada Allah di mana saja kita berada....
No comments:
Post a Comment