Sunday, December 25, 2011

Jangan Terlepas Pandang!






Bila tiba musim cuti sekolah, semua orang bersiap sedia. Atok-atok dan nenek-nenek memenuhkan peti ais dan pantri mereka dengan pelbagai jenis makanan kegemaran cucu mereka. Seorang kawan mempunyai 15 orang cucu, memberitahu cucu-cucunya suka makan sambal tumis udang, jadi bila tiba musim cuti dia membeli udang berkilo-kilo dan simpan dalam freezer, sementara menunggu cucu-cucunya tiba. Lain-lain makanan kering toksah kiralah, bermacam-macam jenis.

Tokey kedai , tokey restoran dan gerai bersiap sedia menambah stok barang-barang mereka bersiap sedia untuk menerima pelanggan-pelanggan yang bercuti. Masa cuti panjang begini, ibubapa sibuk membeli pakaian , buku-buku dan persiapan sekolah , barang mainan, bawa anak-anak bersiar-siar dan bawa anak-anak makan-makan. Pendek kata perniagaan bertambah semasa cuti sekolah.

Bila cuti panjang Plus pun menambah gerai tolnya banyak-banyak, sebab mereka dah arif dan boleh menjangka berapa ramai pengguna hiway bertol semasa cuti. Pendapatan mereka bertambah-tambah dan syarikat mengaut keuntungan besar. Jadi , mereka tu pun nak menggembirakan pelanggan-pelanggan dengan mengurangkan harga tol pada hari-hari tertentu dan tempat-tempat yang terpilih. Ada kalanya diberi laluan percuma! Terima kasih Plus ( walaupun yang free tu bukan laluan saya! )


Tapi satu je yang Plus lupa nak kira, berapa ramai orang yang singgah kat RnR mereka! Tang makanan yang disediakan digerai-gerai tu memang lebih dari memadai ( depa pandai kira! ), tapi tang bilik air tu Plus lupa pulak nak kira, nak upgrade, pekerja-pekerja tak pulak di tambah  dan kebersihan terabai .



Dah musim cuti tiba, buat apa tak servis jamban yang rosak / tersumbat tu awal-awal! Dahlah orang beratur panjang macam keretapi!



Tandas yang belakang tu takde kunci di dalamnya, kena pulak ada orang tunggu kat pintu!


Tisu berlambak atas tong sampah! mangkuk tandas kotor! such filthy and stinking toilet on hiway earth I'd say!


Selepas pukul 5 ( petang Ahad  ) hanya tinggal mop dan dan baldi dalam bilik air ....

Bila terlalu ramai pengguna pada sesuatu masa,  kena sedia lebih banyak tong sampah di luar tandas, lantai perlu dimop selalu ( walaupun orang beratur panjang - mereka akan beri laluan pada tukang cuci sebab takde siapa yang suka masuk tandas yang berbau busuk dan kotor  ). Perlu juga ada pekerja yang menjaga di situ, sebab ada pelanggan yang kurang asam masuk dalam bilik mandi dan buang air di situ termasuk buang pampers anak ( masih boleh dimaafkan ) dan meninggalkan sanitary pad mereka yang berkaler merah di atas lantai bilik mandi. Kalau pekerja ada di situ, sudah tentu mereka tak berani buat sesuka hati mengotorkan tempat awam macam tu!



No comments: