Monday, April 2, 2012

Bawak Bersabar Akak Oiii......










Kalau orang ditimpa musibah tak kira besar kecil, kita akan menasihati mereka supaya sabar. Orang yang ditimpa musibah tu pun kadang-kadang ada yang naik angin jugak, you tak kena you bolehlah kata, sabar, sabar ......kalau you yang kena barulah tahu!

Kebelakangan ini memang kesabaran saya pun dah begitu nipis macam kulit bawang - bila ada kucing datang buat kawasan rumah  saya jadi jamban dia! Sememangnya dulu kucing-kucing bertuah tu takde pun singgah kat laman ni, kalau ada lalu lalang je.  Adalah jugak sekali dua ditinggalkan buah tangan, tapi pandai dia melepas di tempat yang tersorok -  kalau terjumpa pun najis tu dah kering.

Dulu kalau jiran mengamuk kucing berak kat laman dia, saya pun kata, eleh....kucing berak pun buat kepoh, buang je lah! Kucing tu bukannya reti bahasa nak marah-marah kat dia!

Okaay.......di tahun yang ke 15 saya di sini , sejak sebulan lalu sangaaaat kerap kucing atau kucing-kucing yang berkeliaran datang beri hadiah kat saya , dan tempat yang dia pilih tu pulak - the prime lawn! Mula-mula adalah sabar jugak, tapi bila dah melarat-larat macam ni  -  c#ni%ma @c#&^%9!!!!!

Suatu hari bila Din datang mesin rumput , saya tanya macam mana nak buat dengan kucing-kucing yang mengotorkan laman.
Biasa kak kucing berak merata-rata macam ni.....cuba kak bubuh air dalam botol dekat tempat tu, nanti lama-lama dia tak datang lagi!

Tapi kucing-kucing tu main psywar dengan saya, dia tak ke laman  depan tapi ke laman sisi pulak. Sekarang ni kat laman belakang tempat saya lepak-lepak tu pulak ditalanya!

Dan kucing ni pulak pandai membalas budi, dia tak mengotorkan laman orang yang bagi dia makan, jadi dia pilih laman orang lain pulak sebagai jamban dia!





Beginilah rupanya rumput yang dah dibuat jamban tu.......and there are many more patches like this around my house!


ps. Surat saman nak hantar kat mana ni? kat kucing tu ke kat orang yang bagi makan kucing- kucing yang berkeliaran tu?

2 comments:

ngasobahseliman said...

Tak ape lah Sis. Kita berkorban demi melindungi hak asasi haiwan. Tapi kalau nak bagi laluan alternatif You may want to buat pagar dawai yang halus dan rapat-rapat di sebelah bawah pagar supaya depa tak dapat masuk. Depa boleh buat kerja di jalan raya. I did the same to my pagar so my cats do not go to the neighbor because they have a huge bull dog.Part solution at least...

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Nampak gayanya kena beli dawai halus....

Dapat ujian taik kucing pun dah buat kepoh......( macam yang I kata kat orang dulu tu! )