Sunday, January 4, 2015

Aloh Lah Weh.......





Iyelah akak , orang lain sema tak cukup Islam fasal tak pakai jubah...tak stokin kaki, tak stokin tangan. Janganlah suka pandang orang serong je.. Janganlah dok perli-perli - orang jadi sakit hati. Kalau nak menegur orang pandanglah mata  betul-betul ....kecek molek - molek...

( Alaaaah, biarkan je dek oii, jangan ambik pot sangat kat mak lebai macam tu! )


Punyalah teruk makcik tu, saya pegi masjid awal dok sof pertama, tiba-tiba dia kata sof depan tu dah ada orang ( kawan-kawan dia yang datang jemaah tiap-tiap waktu ). Eh..dia ingat mesjid tu dia punya ke?...mana boleh main tanda-tanda pulak!

( Eh, janganlah cari balah dengan orang dalam masjid! Solat je di sof  mana-mana, apa salahnya! )

Aunty, mak dia  kata  anak lelaki dia dah ditunangkan dari kecik dengan anak kawan dia semasa ikut suami dia buat masters kat US dulu. Aunty boleh percaya ke cakap dia?

( Aloh lah....berlambak lagi budak jantan lain yang hensem-hensem kat Malaysia nih! Jangan dok masuk dalam keluarga kiasu macam tu, nanti kamu jugak yang dapat padah )


Fuhhh......depa mai lepas perasaan kat kite, depa dah lega, kite ni pulak yang sakit kepala.....




No comments: