Friday, January 2, 2015

Mencari Rumah Allah







Ramai kawan-kawan  yang sangat risau bila bermusafir jauh , kata mereka solat mereka jadi tak menentu. Kadang-kadang ada kekangan masa bila siang menjadi pendek dan malam begitu panjang. Bila kita berada di sesuatu tempat yang tidak memungkinkan kita bersolat sempurna - persoalan timbul bolehkah kita solat menghurmati waktu? Ramai orang melakukannya tapi ramai juga orang yang was-was!



Waktu Asar dah lama masuk, kami belum solat lagi, mencari-cari masjid akhirnya jumpa masjid ini - ngam-ngam saja jamak ta'khir......


...hari pun tiba-tiba gelap dan waktu Maghrib dah masuk, alhamdulillah...kami terus berjemaah...


Di papan kenyataan  tertera pelbagai  aktiviti yang dijalankan di masjid ini.


Di Philadelphia pula kami singgah di Masjid Quba



Rupanya masjid ini sangat aktif dalam memberi pendidikan asas  bagi kanak-kanak sehingga mereka dapat melanjutkan pelajaran seterusnya ke Quba Institute of Arabic And Islamic Studies.



Jangan risau tentang makanan halal - ianya ada di mana-mana di bumi Allah!








No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...