Friday, July 31, 2015

Mulut Jahat Tapi Hati Baik....


Iye ke?

Ada orang yang mulut capoi, bahasa kasar dan suka merendah-rendahkan orang. Ramai pulak yang kata....ah, dia tu mulut je bising tapi hati baik.

Maknanya ok lah kalau seseorang tu kurang aj#r sebab hati baik....dan dia tak bermaksud apa-apa pun...

Hakikatnya apa yang zahir dari mulut itu adalah manifestasi dari hati...

Begitulah luahan hati seorang isteri yang telah beberapa lama dianiayai suaminya tapi kini dia bertekad nak mengambil tindakan undang,-undang terhadap suaminya yang bermulut tak berinsuran itu adanya!

Maka sahabatnya yang ramai- ramai tak berani nak kata apa takut terjebak dalam meruntuhkan masjid yang dah lama senget tuh!





2 comments:

ngasobahseliman said...

Lelaki ada hak, perempuan pun ada hak. Allah cipta lelaki perempuan dengan penuh keadilan. Hak-hak tidak sama tetapi serupa dari segi Syarie.

Kerabu Jantung said...


Tapi malang sikit ada wanita-wanita yang tidak tahu hak mereka dan ramai pulak yang teraniaya.