Wednesday, July 8, 2015

Mufaraqah Atau Tak Mufaraqah...







Semasa saya di KB lebih dari 30 tahun dulu saya dapati makmum yang berjemaah di masjid sangat sensitif  terhadap imam solat - sekiranya imam baca AlFatihah dan ayat-ayat lain secara tidak bertartil mereka akan mufaraqah ( niat keluar dari berimam ). Atau pun imam diganti dengan imam lain.

Saya pernah mengalami keadaan imam solat tarawih yang terlajak rakaat menjadi 3 - bukan main kelam kabut jemaah, ramai yang ikut imam naik rakaat ke 3 , ramai yang mufarakah dan ada yang menunggu imam turun sujud.

Bila saya bincang dengan tok guru saya tunggu imam...

 Mufaraqah terus je kak tak payah tunggu imam dah! Dah salah rakaat tak payah ikut lagi...

Tapi tok guru pesan jugak kalau imam salah baca ayat ( selain Alfatihah )  misalnya panjang pendek mad , itu harus dimaafkan sebab kesalahan itu kecil sahaja. Takyahlah mufaraqah.

Pernah saya terdengar pengakuan paling kiasu dari seseorang yang mengatakan dia telah mufaraqah semasa bersolat di Masjidil Haram sebab Imam baca mad jaiz/ munfasil 2 harkat.

Alohlah.....rugi besar hangpa! Dok pegi mufaraqah buat apa, Imam AlHaram tu bukan calang-calang orang.....

Mugo waktu tu Imam dok baca Qiraat lain....





No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...