Wednesday, December 14, 2011
Putar Alam!
Ada yang menyangka tiada paksaan dalam agama iaitu tak boleh paksa kalau seseorang tu nak ke tak nak melakukan ibadat yang diwajibkan setelah dia jadi Islam - ye ke? Rasa-rasanya tok guru kata lain . Tak paksa masuk Islam, tapi bila dah Islam wajib menunaikan tanggungjawab yang difardukan.
Mengikut kata seorang ustaz, rupanya orang yang bawak ilmu sesat , bukanlah calang-calang orang. Mereka tu pandai! Kalau silap-silap pergi dengar ceramah , kalau tak cukup ilmu dan tak kuat iman, boleh terpesong!
Yang tak bersolat, mereka tu ada hujah yang kukuh dan diguna pakai oleh pengikut-pengikut mereka . Alasan yang mereka beri ialah mengikut sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud sembahyanglah sebagaimana baginda bersembahyang. Jadi oleh kerana mereka tak tengok Rasulullah SAW bersolat, maka dibuat kesimpulan tidaklah diwajibkan ke atas mereka bersolat adanya!
Ramai yang sedaya upaya berusaha memperbaiki ibadat dan melawan nafsu malas dan tidak ambil ringan fasal ibadat . Hebat jenerasi dulu-dulu yang berjuang di jalan Allah, menghadapi ujian yang getir - berperang , berdakwah , mendapat cemuhan dan penentangan dan melakukan pelbagai pengorbanan demi agama - malah ramai yang syahid.
Kita di abad ini, ringan je ujiannya, belum lagi negara dilanggar todak macam Singaporrr dalam cerita hikayat ( habis rakyat berlubang betis kena tikaman todak! ), atau kemarau dan kebuluran berpanjangan macam di Afrika atau diserang bertalu-talu oleh Tentera Bersekutu seperti di Iraq dulu tu atau macam orang Afghan mempertahankan negara mereka dari dijarah oleh Rusia. Baru berdepan dengan siaran tv dan pelbagai hiburan di alam siber - dah tumpas , immobilised .........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Salam Sis. Orang putar alam ini bukan pasal agama sahaja. Banyak pasal. Pasal nak kuasa pun banyak yang putar alam. Nak kawin lebih pun banyak yang putar alam. Apa lagi ye... Tak Gitu?
Salam, Sis,
Hahaha, yang best tu kes nak kawin lebih - mesti putar alam habis meter takut tembelang pecah!
Post a Comment