Thursday, April 12, 2012

Jangan Kufur Nikmat!








Apabila bekalan air terputus selama lebih dua hari, beberapa orang jiran kehabisan air tangki , terpaksa minta penghantaran air ke kawasan kami. Rumah-rumah yang dah jadi empty nest masih boleh bertahan sebab air tangki masih ada. Semua orang menggelabah sebab tak tahu bila bekalan air disambung semula.

Terputus bekalan air kali ini tidak bernotis, jadi ramai yang tak bersedia. Saya perasan setiap kali ada hujan ribut yang kuat, bekalan air akan terputus. Pada halnya kalau hujan turun dengan begitu lebat, mengapa pulak kekeringan air?

Kali ini  berbagai kabar angin didengar, ada kata kolam air telah kering. Maka kami semua naik hairan bin ajaib, sebab sekarang bukan musim kemarau, macam mana kolam boleh kering. Mula sakit hati kita sema nih, dok buat ape sampai kolam kering tak sedar?

Datang pula kabar angin  lain, pekerja-pekerja paip air tak dapat kesan dimanakah berlaku kerosakan, pendek kata jenuh mereka mencari punca, tak dapat-dapat .Jangan buat tak jumpa cari kerap-kerap sangat nanti orang ingat masa takde kerosakan dok saje dok buak keje!

Walau bagaimana pun , bekalan terputus kali ini sangat menakutkan saya - mana tahu satu hari nanti bekalan air benar-benar putus dalam jangka masa yang panjang? Kalau lori air datang pun berapa banyak sangat air yang boleh disimpan?







Bagus jugak simpan air sikit-sikit macam ni, boleh buat basuh tangan atau basuh benda-benda kecik seperti sudu, senduk, gelas atau piring kecil .



 Kali ini saya sungguh insaf dan mula belajar berjimat dengan air , kalau habis air tangki, bantuan air  tak datang lagi atau tak datang-datang - berat benar tu!

 - Ketika ambil wudu' tadah air yang mengalir itu dengan baldi - boleh diguna  untuk siram pokok atau basuh bilik mandi.
- Ketika membasuh pinggan , tadah air dalam besen untuk membilas pinggan -  taklah air paip tu mengalir terus menerus.

Walaupun cara di atas tu nampak kecil aje, tapi bolehlah sedikit sebanyak menjimatkan air! Saya harap dapat teruskan cara ini sampai bila-bila , bukan masa darurat aje!

( Basuh kereta pegi hantar kat kedai - biarlah habis air kat kedai tu! hahahaha! )

Memang tabiat manusia tak pernah nak menghargai kesenangan yang ada - bila nikmat dah tiada barulah pakat-pakat putih mata .



4 comments:

Unknown said...

kadang-kadang bila terfikir tentang air, ya, memang kita seringkali lupa apabila air melimpah ruah, bila selalu terputus baru kita kreativ untuk berjimatkan, saya jugak boleh aplikasi kekretifan ni jugak, hehe

salam perkenalan dari *smile*

datang follow dari blog deru ombak

Kerabu Jantung said...

terima kasih smile!

selamat datang ke blog orang pencen!

biasanya kalau terdesak baru timbul pelbagai idea - nak menyelamatkan diri dari keadaan!

Deru Ombak said...

Salam my dear KJ..
Datang ziarah lepas tengah malam... Penat sungguh saya hari ni..sampai rumah lepas isyak, mandi solat terus tergolek.. Terbangun tengok jam dah dekat pukul 1 pagi.

Bercakap tentang air, bak kata arwah Mak saya, biar takde letrik,(zaman ni xde letrik pun boleh sasau di buatnya) jgn takde air... Huru hara di buatnya.

Tips berjimat menggunakan air tu boleh sgt diguna pakai.
Jgn dah terhantuk baru terngadah.. Mmg laa benjol.

Kerabu Jantung said...

Assalam dear Deru Ombak,


Zaman kita ni tak boleh slack letrik ke air ke - takde api tak boleh pulak nak boleh berblog, habis kita!

ps. janji kita tu still on ye!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...