M memeluk Islam sejak berumur 15 tahun dan menghabiskan masa selama 5 tahun mengaji pondok di Kota Bharu untuk mendalami Islam. Kini sudah 15 tahun tinggal di Johor bekerja sebagai buruh dengan pendapatan rm 6 sejam. Oleh kerana beliau tiada kelulusan dia tak dapat diserapkan sebagai pekerja tetap di syarikat tempat ia bekerja. Mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak dan tinggal di rumah sewa sebanyak rm 300 sebulan.
Pada minggu lepas, dia singgah ke rumah setelah menghantar isteri dan anak bongsunya balik ke Perak kerana ibu mertua dapat stroke dan mati sebelah badan. Katanya tiada anak lain yang dapat menjaga ibu itu sebab masing-masing tinggal jauh dan ada yang tinggal berdekatan tapi beranak kecil.
Selama 15 tahun dia singgah ke rumah kami pada bulan puasa untuk mengharapkan sedikit sebanyak haknya sebagai asnaf. Kali ini setelah berbual panjang dengannya mengenai diri dan ahli keluarganya - tergerak hati untuk bertanya bagaimana ia menampung pendapatannya. Inilah kali pertama saya bertanya dengan detail tentang jerih peritnya hidup bekeluarga dan membesarkan anak-anak dengan pendapatan yang begitu kecil.
Akhir sekali ( selepas 15 tahun ) baru teringat suruh dia pergi mendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat . Dia macam tak percaya ada bantuan sebegitu, tapi saya suruh dia cuba memohon sebab dia bergaji kecil dan tanggungan ramai, Dan juga saya cadangkan dia pergi mendaftar di pusat zakat atau Baitul Mal - mungkin dia akan diberi pertimbangan untuk menerima wang zakat sebab ia termasuk dalam golongan berpendapatan rendah .
Saya berdoa semoga dia mendapat bantuan tetap dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga dapat agihan wang zakat sebab tanggungannya semakin berat bila anak-anak makin membesar!
4 comments:
Salam dear..
Bab-bab cerita begini buat saya speechless... Ramai yang tidak tahu kemana harus mereka pergi untuk memohon bantuan. I am glad terbuka hati you mencadangkan saluran mana mereka patut pergi.
Rakyat yang ber ends Stan rendah masih ramai, untuk kerajaan mengenali pasti satu2 agak rumit begitu. Mmg sepatutnya empunya diri pergi sendiri mendaftar sebagai pemohon.
Kita syukur kan KJ.. Tidaklah kaya raya, tapi tak lah susah. Cukup mkn, cukup pakai, cukup segala. Yang rasa tak pernah cukup ialah ibadah...
Typo error : berpendapatan rendah
Wasallam Dear Deru Ombak,
kalau kita bersyukur, yang sikit akan memadai, kalau tamak yang banyak pun tak cukup kan ?
malu jugak dibuatnya, lepas 15 tahun hamba Allah tu dok wang wing - wang wing baru teringat nak nasihat dia...
Wasallam Dear Deru Ombak,
kalau kita bersyukur, yang sikit akan memadai, kalau tamak yang banyak pun tak cukup kan ?
malu jugak dibuatnya, lepas 15 tahun hamba Allah tu dok wang wing - wang wing baru teringat nak nasihat dia...
Post a Comment