Thursday, June 14, 2012
Terima Seadanya?
Sifat kedekut tiada ubatnya dalam dunia ni melainkan bila hilang segala harta barulah menyesal .
Semah dah masak benar dengan perangai Mek Wok. Pernah satu ketika Mek Wok buat kenduri untuk ahli keluarganya sahaja dan tak jemput orang lain. Pada esok harinya dia datang bawak sedikit nasi dagang lebihan kenduri semalam untuk sahabat baiknya tu. Bila Semah nak makan rupanya lauk nasi dagang tu dah terhangit ( akibat beberapa kali dipanaskan sebab takut basi ).
Kebetulan pada hari yang sama suami Semah bawak balik nasi dagang . Kebetulan seorang kawan datang ke rumah, Semah pun hidangkan nasi dagang yang suaminya bawak balik tadi ( memanjangkan rezeki ). Rupa-rupanya cerita dah sampai ke telinga Mek Wok - mengatakan nasi dagang yang kawan tu makan di rumah Semah sungguh sedap. Mek Wok pun teruja bukan main , dia ingat nasi dagang berlauk hangit yang dia bagi tu yang sedap !
Apabila Mek Wok bertemu Semah pada hari yang lain dia pun berkata, hari tu saya beri lauk nasi dagang kat awak terhangit sikit , sebenarnya ada seperiuk lagi lauk yang elok.....
( Bagi apa kat orang lauk yang dah hangus tu kalau ada seperiuk lagi yang elok! Aloh lah Mek Wok weh... )
Semah kata sifat bakhil Mek Wok tu dah kronik, tapi dia tak ambil hati, jangan ingat buruk dia ingatkan baik dia........sebab pada ketika yang lain semasa Semah katam alQuran, Mek Wok hadiahkan dia sebiji puding yang sedap dan cantik - semua orang terkejut dengan kemurahan hati Mek Wok tu! ( depa ingat Mek Wok dah buang tebiat )
Kata Semah - kena terima kawan seadanya!
( Baiknya engkau Semah.....kalau orang lain dah lama right off nama Mek Wok tu! )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
4 comments:
Salam. Kalau ikut Mat Salleh: Takes all kinds of people to make this world. Kalau kita: Biarlah bukan rezeki kita. Sebab itu orang berlapang dada dan "Terima seadanya". Kita belajar menyucikan jiwa.Malang nya penyakit kedekut memang ada. Ada disebut dalam alQuranan pun. Tak dapat sebut. Kita doa semoga Allah perkuat hati kita untuk jadi pemurah. Orang kata: Erti Hidup pada Memberi.
Salam dear..
Tiap Kali I masuk sini Dan baca.. I really xtau cemana nak komen.
Kalau lah terjadi pada diri I kan KJ, bab makanan ni, lupakan jer laa tabiat kedekut manusia.
Salam Dear Sis,
Orang kedekut ni sebenarnya sangat selfish, tak fikir tentang orang lain, melainkan diri sendiri aje!
Salam Dear D'Ombak,
orang kedekut ni dia akan bagi yang dia dah tak nak kat orang,yang masih elok dia tak akan bagi punya, sebab sayang - kadangkala rela benda tu disimpan berbulan-bulan dalan fridge, kemudian dah tak boleh makan @ dah tak lalu makan rela dibuang!
Post a Comment