Friday, November 30, 2012
Wednesday, November 28, 2012
Monday, November 26, 2012
Saturday, November 24, 2012
Thursday, November 22, 2012
Sembang Dari Satun!........2
wiki search |
Setelah kapal dan segala peralatan penangkapan ikan yang canggih itu dirampas, hidup dia pun tak sesenang dulu - semua kereta mahal di perkarangan rumahnya dijual satu persatu. Kini dia menjadi dreba seorang tokey Siam yang juga tokey ikan.
Dia pun menceritakan kisah bossnya pulak, yang dah beberapa kali ditembak, tapi tak pernah kena sasaran tepat, jadi dia tak mati. ( mungin tembakan tu hanya amaran je! ). Almusabab kena tembak tu ialah sambil menjalankan aktiviti penangkapan ikan ( mungkin ada juga menyeludup ikan ), dia selalu je menceroboh kawasan orang lain. Itu sebabnya dia banyak musuh.
Puok-puok tu kalu bbaloh gak main bedil sengoti!
Pada suatu hari dia kena tembak tepat di dada - tapi.... tak mati jugak dia..sebab, pada hari itu ( mungkin setiap hari ) dia letak patung Budha yang kecik sebesar ibu jari dalam poket bajunya. Peluru yang ditembak mengenai patung Budha yang diperbuat dari gangsa dan telah melantun ke tempat lain.
Lepas kejadian itu, bukan main popular lagi tokey dia - ramai yang offer nak beli patung tu dengan harga yang berjuta-juta baht!
Pelandok selalu lupakan jerat tapi jerat tak pernah dan tak akan lupakan pelandok adanya.......
Tuesday, November 20, 2012
Sembang Dari Satun!..........1
Semasa menunggu nasi masak, the menfolks dok bawah kemah bersembang panjang, sambil minum ayaq kopi.
Rupa-rupanya dari Perlis ke Satun sangat dekat jika melalui jalan laut, begitu juga dari Pulau Langkawi hanya mengambil masa 45 minit sahaja ke Satun jika naik bot.
Dalam banyak-banyak cerita tu, ada satu yang sangat menarik - berlaku beberapa tahun dulu, seorang penyeludup kena tipu dek polis.
Masa dulu dia menyeludup ikan sardin dari Perlis untuk dihantar ke kilang mengetin sadin di Siam. Orang Malaysia tak gemar makan ikan sadin ( ikan selayang atau ikan tamban sisik ) dan harganya sangat murah- jadi dari situlah dia menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan menyeludup ikan ke Siam.. Makin lama dia jadi semakin kaya - ada kapal besar dengan peralatan menangkap ikan yang canggih dok pi meredah di Laut Andaman.
sardines - wiki search |
Walau pun polis tahu pergerakannya tapi tak dapat menangkapnya secara red handed, jadi dia selamat. Polis pun baik dengannya dan tidak mengganggu gugat pekerjaannya. Ada juga sekali sekala kawan-kawannya dari kalangan anggota polis minta nak pergi bersama-samanya ke laut,tapi dia berhati-hati dan tak pernah nak sembawa mereka ikut sama.
Lama kelamaan setelah mereka memujuk sebagai kawan, akhirnya dia mengajak mereka bersama-sama menaiki botnya pergi menangkap ikan aka menyeludup ikan - rupa-rupanya ia adalah satu perangkap! Setelah sampai ke tengah laut dan menjalankan aktiviti biasanya , polis pun terus mengeluarkan waran merampas bot dan segala peralatan sehingga dia kehilangan segalanya, sampai ke hari ini!
Gitulah weh...pelandok lupakan jerat tapi jerat tak lupakan pelandok......
Saturday, November 17, 2012
Thursday, November 15, 2012
Songkla a.k.a. Singgora
Pemandangan bandar lama Songkla yang dikenali sebagai Singgora .
Pemandangan pekan lama Singgora ( Songkla )
Pemandangan jalan utama Singgora
Pantai Songkla, patung mermaid menjadi tumpuan pelancong
Pemandangan pulau-pulau berdekatan dilihat dari atas Tang Kuang Hill - dari atas bukit boleh nampak sekeliling bandar Songkla.
Jambatan terpanjang di Siam, menyambungkan Songkla dengan Pulau Ko Yo - laut disekitar teluk dijadikan tempat memelihara ikan .
Di tepi laut didirikan kilang-kilang air batu dan kilang memproses ikan baja
dan juga mengetin ikan sardin -
Alangkah baiknya jika Malaysia juga
ikut cara ini .
Inilah barang-barang hasil laut yang dijual di Pulau Ko Yo , Songkla.. Segala macam t-shirt, beach wear, dan kain Siam juga ada dijual .
Terdapat ikan bilis, udang kering, ikan kering, sotong kering, nam pla, biji gajus , rempah ratus, cili kering ,macam -macam jenis makanan ringan , pelbagai jenis asam - asam , buah-buahan dan sebagainya.
Berbelanja sakanlah pulak weh.....alahai......sampai ke rumah pi dok perosok sema barang-barang tu kat bawah dapur!
Tuesday, November 13, 2012
Yang Menarik Hati......
Saturday, November 10, 2012
Satun - Hat Yai
Antara deretan bangunan di Hat Yai - bandar yang berselirat dengan wayar letrik!
Sepetang Di Klong Hae di Hat Yai
Kami sampai ke Hat Yai lebih kurang pukul 5.00 dari Satun, check - in kat hotel, lepas tu kami terus dibawa ke Floating Market.
Klonghae Floating Market di Hat Yai |
Peniaga-peniaga Islam menjual makanan dalam sampan ( dalam sungai ) di Floating Market - pelanggan membeli dari atas tebing sungai
Pelbagai juadah dan air minuman dijual
Rambang mata nak memilih makanan
Akhirnya.....
kami memilih kebab, ada kebab ayam dan daging |
...kesemuanya berharga 20 baht....
Pengunjung-pengunjung makan ditempat yang disediakan di tebing sungai
Tong sampah digunakan dengan sepenuhnya - and the place is squeaky clean!
Thursday, November 8, 2012
Qurban Di Satun
Tuesday, November 6, 2012
Sambung Raya Di Satun
Putu beras |
Kuih lidah kucing - rapuh dan sedap |
Tak tanya pun nama kuih ni, sebab dok pulun makan kuih lidah kucing |
Kuih bakaq - lembut, manis dan larut dalam mulut |
Setelah sampai di Setoi , kami dibawa ke rumah Tok Ngah Azadekazza , mandi manda dan berehat. Sempena Hari Raya. Tok Ngah menjamu kami dengan kuih-kuih tradisional yang sungguh sedap!Ramai di antara anak cucu kita dah tak kenal kuih-kuih ni!
Kami tergelak bila Azzadekazza menceritakan bagaimana dia dan ahli keluarganya pegi solat Aidul Adha di masjid, tok imam baca kutbah raya dalam bahasa Siam, depa anak beranak dok nganga tak faham apa!
Rata-rata penduduk Satun terdiri dari bangsa Melayu ( Islam ). Mereka bercakap Melayu dengan ada sedikit perkataan Siam yang diassimilasi ke dalam bahasa mereka . Cara bercakap lembut dan lunak didengar .Orang Kedah kata depa tu cakap bahasa Kedah Klasik
Golongan muda ramai yang kurang bercakap dalam Bahasa Melayu .sebab sistem sekolah adalah aliran Siam.
Sunday, November 4, 2012
Kuala Lumpur - Satun via Wang Kelian ( Perlis )
Naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Padang Besar - naik coach yang ada tempat tidur sebilik 2 orang.
Cadar bersih, dapat air mineral dan kek pisang
Tingkat atas pun sama macam tingkat bawah
Pemandangan awal pagi yang berkabus
Stesyen Keretapi Padang Besar Perlis |
Pintu masuk ke Wang Kelian Siam - check pasport |
Van telah menunggu untuk membawa kami ke Satun melalui Wang Kelian iaitu sempadan antara Perlis dan Siam.
Nok ghoyak bui, Wang Kelian ni sangat cantik pemandangannya, udara sejuk sebab kawasan bukit, hutan masih terpelihara dan highway bagus, tak pecah, tak berlubang!
Selepas dari check point ni ada gerai menjual pelbagai barangan Siam dan pada hari Ahad diadakan pekan nat ( pekan sari ) Laluan dibuka untuk orang Siam masuk ke Wang Kelian Malaysia dan orang Malaysia masuk ke Wang Kelian Siam. Yang syoknya tu kata Nazri pemandu pelancong kami, orang Malaysia masuk beli barang Siam, orang Siam masuk ke pekan sari Malaysia, beli barang Siam yang dijual di Malaysia.
Whatever it is , pekan sehari attract tourists and generates income for both side of the countries!.
Friday, November 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...