Tuesday, November 20, 2012

Sembang Dari Satun!..........1




Semasa menunggu nasi masak, the menfolks dok bawah kemah bersembang panjang, sambil minum ayaq kopi.

Rupa-rupanya dari Perlis ke Satun sangat dekat jika melalui jalan laut, begitu juga dari Pulau Langkawi hanya mengambil masa 45 minit sahaja ke Satun jika naik bot.

Dalam banyak-banyak cerita tu, ada satu yang sangat menarik  - berlaku beberapa tahun dulu, seorang penyeludup kena tipu dek polis.

Masa dulu dia menyeludup ikan sardin dari Perlis untuk dihantar ke kilang mengetin sadin di Siam.  Orang Malaysia tak gemar makan ikan sadin ( ikan selayang atau ikan tamban sisik ) dan harganya sangat murah- jadi dari situlah dia menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan menyeludup ikan ke Siam.. Makin lama dia jadi semakin kaya - ada kapal besar dengan peralatan menangkap ikan yang canggih dok pi meredah di Laut Andaman.




sardines - wiki search





Walau pun polis tahu pergerakannya tapi tak dapat menangkapnya secara  red handed, jadi dia selamat. Polis pun baik dengannya dan tidak mengganggu gugat pekerjaannya. Ada juga sekali sekala kawan-kawannya dari kalangan anggota polis minta nak pergi bersama-samanya ke laut,tapi dia berhati-hati dan tak pernah nak sembawa mereka ikut sama.

Lama kelamaan setelah mereka memujuk sebagai kawan, akhirnya dia mengajak mereka bersama-sama  menaiki botnya pergi menangkap ikan aka menyeludup ikan - rupa-rupanya ia adalah satu perangkap! Setelah sampai ke tengah laut dan menjalankan aktiviti biasanya , polis pun terus mengeluarkan waran merampas bot dan segala peralatan sehingga dia kehilangan segalanya, sampai ke hari ini!

Gitulah weh...pelandok lupakan jerat tapi jerat tak lupakan pelandok......


No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...