Thursday, March 28, 2013
Penyakit Buatan Orang
Apa akan jadi apabila mertua menuduh menantu perempuan menyihirnya supaya jatuh sakit? Dah tentu akan menegangkan suasana di rumah terutamanya bila anak menantu tinggal bersama di bawah satu bumbung.
Ibu menuduh menantunya menggunakan ilmu hitam menyebabkan anak lelakinya menjadi renggang dengannya . Dia menuduh menantu perempuannya amat berkuasa dan dapat menundukkan semua orang di dalam rumah itu yang ahlinya tak ramai hanya terdiri dari suami , anak-anak dan ibu mertuanya.
Kalau dah hubungan anak beranak dah tak baik, awat tak perhambat je anak menantu keluar rumah . Senang kira kan? takde sapa nak sihir menyihir lagi!
Ramai yang tak sedar kadang-kadang bila dah jadi orang tua, perangai dah berubah - mengongkong, cemburu, banyak songel dan sebagainya. Pada awalnya anak menantu bersabar, lama kelamaan mereka pun ingin hidup berasingan dan membina hidup sendiri.
Anak yang soleh, sentiasa bersabar dengan perangai orang tua mereka, menjaga ibubapa mereka tanpa syarat...
Mungkin ada menantu yang syirik mengamalkan ilmu hitam tapi seseorang tak boleh menuduh orang di atas dasar syak wasangka.....Takkan semua penyakit buatan orang, banyak jugak penyakit buatan sendiri!
Wallahua'lam!
Sunday, March 24, 2013
Tak Dapat Nak Tarik Kabel
So, you have no cable to pull, what would you do?
Tak sangka jugak zaman sekarang ni masih ada lagi kes tarik menarik kabel untuk mendapat sesuatu - nak dapat kerja , nak naik pangkat , nak dapat kontrak atau nak mengetuai sesebuah organisasi yang kecil dan yang gergasi. Kalau calon tu seorang mamat yang entah sapa-sapa, bawak ijazah 4 gulung pun , kata seorang kawan , kalau takde rekomedasion, tak merasa nak dapat koje yang hebat-hebat!
It sounds pathetic, but is it true? Ke ada orang yang bermulut jahat buat tuduhan melulu?
Jadi, kalau dah takde pakcik atau sedara mara yang 'somebody' , eloklah kita jangan dok geram kat mereka yang telah berjaya........ uncle I kenal dengan Tan Sri tu.....( dengan bangganya pegi melebong kat orang! ).
Seseorang mesti berfikiran positif, berusaha memperbaiki diri - ambil langkah bersiap siaga nak mengharungi realiti hidup , berani menghadapi segala cabaran. Jangan dok tunggu orang bagi. kalau orang tak bagi, mulalah meroyan!
Sebelum pergi interview persiapkan diri - jaga penampilan diri , berketrampilan, pengetahuan yang cukup ( banyak membacalah Awang oii ) dengan penuh kofident. JANGAN PULAK 10 PATAH ORANG TANYA HANGPA JAWAB 1 atau 2 PATAH.....DAH MEMANG FAIL interview kalu lagu tu!
Ada orang pi interview pakai serebeh , ada jugak yang tak tahu langsung tentang organisasi tempat dia nak koje tu.., main belasah je mintak keje ....alahai.....
DAH TU KALU TAKDE POK MERTUA ORANG BESAR , PANDAI-PANDAILAH BERUSAHA SENDIRI KALAU NAK BERJAYA!! Kan?
Friday, March 22, 2013
Tempayan Budu!
Tuesday, March 19, 2013
Tanam Red Ginger
Friday, March 15, 2013
Dah Tak Boleh Kata Apa!
Suatu hari seorang kawan menjemput saya ke majlis kesyukuran anaknya, tetapi saya tak dapat hadir. Apabila bertemu semula dengan kawan ni, saya bertanya kabar tentang majlis anaknya tu. Dia kata anaknya mengadu penat kerana macam-macam benda kena buat sendiri, pilih caterer, pilih menu, food tasting, cari ustaz nak buat tahlil, beli cendera hati dan sebagainya. Dia tergelak aja , biarlah anaknya belajar , selama ni dia yang menguruskan semuanya, sekarang baru anak dia tau tak semudah itu nak mengadakan majlis tak kira kecik atau besar!
Setelah selesai kenduri, anaknya mengadu lagi, mak maaflah tak sempat nak simpan lauk untuk mak! Walau pun dia dah order lebih untuk mak dan neneknya makan malam, tapi bila kenduri habis, nasi dan lauk pauk telah habis di tapau tanpa disedari olehnya. Bila nak pergi ambik tinggal periuk kosong!
Bukanlah nak kata, tapau menapau ni memang dah jadi lumrah, pendek kata, bila habis makan je, masing-masing ( dengan memandai-mandainya ) sibuk pula membungkus untuk dibawa balik ke rumah . Walau pun majlis orang, tapi buat macam hak sendiri , dah makan kenyang nak bawak balik pulak kat anak cucu dan tok nenek yang di rumah ( tak mintak dah, main ambik je! ) - walau pun makanan banyak but that's not for us to take home suka-suka hati ! Mungkin ada lagi kawan-kawan atau sedara mara tuan rumah yang belum sampai.
Orang tua-tua dulu sangat peka dengan hal jemputan ni, kalau jemputan untuk lelaki , isteri tak pergi, kalau jemput suami isteri , anak-anak tak bawak ( melainkan jemputan untuk sekeluarga ), bawak balik makanan pun kalau tuan rumah bagi.
Ramai juga kawan-kawan sedar akan hal ni, tapi masing-masing tak berani bukak mulut. Ada juga depa rancang nak suruh ustaz ustazah buat satu tazkirah khas tentang adat bertamu - tapi hingga kini tak kesampaian lagi!
Wednesday, March 13, 2013
Monday, March 11, 2013
Yang Hijau
Comel jugak rumput ni, tanam banyak-banyak di bawah ampaian kain dan ia tahan dipijak...
......errr, ke sema orang dah pakai dryer la ni?
Saturday, March 9, 2013
Berbelanja Di Pasar Serikin
Pasar Serikin berkembang maju selepas kawasan beli belah Tebedu yang terletak di sempadan Sarawak yang merupakan pintu masuk ke Kalimantan. Tebedu telah berkembang dengan pesatnya beberapa lama , tetapi setelah berlaku pergaduhan sengit antara penduduk di sempadan Kalimantan dengan penduduk Tebedu, akhirnya Tebedu tidak lagi menjadi tumpuan ramai.
Antara yang menarik ialah:
Acuan kuih menjadi tumpuan suri rumah
Paling menarik - beg tangan dari manik yang halus buatannya.
Tikar Sarawak yang dibuat dari kulit kayu dan juga dari rotan, sungguh popular dari dulu hingga kini!
Banyak gerai yang menjual kain pasang, kain sulam dan telekong yang bermacam-macam sulamannya
Curtain materials attract attentions! Murah dan mudah - balik rumah sangkut je pada curtain railings.....
Thursday, March 7, 2013
Jom Kuching!
Serikin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Serikin | |
---|---|
Coordinates: 1°20′0″N 110°00′0″ECoordinates: 1°20′0″N 110°00′0″E | |
Country | Malaysia |
State | Sarawak |
Kawasan rihat yang unik di tepi sungai menarik perhatian pengunjung-pengunjung.
Tuesday, March 5, 2013
Jom Kuching!
Beautiful Life kata kalau mak nak jumpa kawan lama jomlah ikut pegi Kuching . Jadi pegilah kita ni ke Kuching naik AA the Everyone Can Fry flight mengekori dari belakang.....
Beautiful Life sibuk buat koje....
Dah lama tak jumpa Neni., sembang panjang , bukak cerita lama dan cerita baru...
Dalam pada tu ada jugaklah melepat sesikit tentang AA .( kalau orang kaki panjang tak boleh naik AA lebih dari 2 jam sebab ruang kaki yang begitu sempit ) . Semoga TF naik AA dok ekonomi kelas yang memakan masa 3 atau 4 jam - bagi cramp kaki dia ,biar dia tahu siksanya orang naik kapalterbang dia tu!
TF ada naik AA bawak member-member dia pegi tengok tennis tournament di Melbourne tak lama dulu. Depa duduk seat merah, tak lah tersiksa sangat dia . Bagi orang-orang yang berkaki panjang dan orang yang pakai baju saiz xxl ke atas dok pulak di seat yang takde cover merah, akan mendapat penderaan fizikal sepanjang perjalanan tuh!
Untung dah banyak , apa kata diluaskan sikit ruang kaki tu........ penumpang pakat-pakat naik kapal terbang ramai-ramai ( la ni pun meriah bukan main terminal tambang murah tu )- AA bertambah maju dan TF masuk dalam Forbes Lists......win-win maaa....
Sunday, March 3, 2013
Anak Dara Terbolah.....2
Hidup dengan orang prim and proper ni susah jugak dan boleh membawa stress dan boleh menjauhkan orang dan mengurangkan kasih sayang dan kemesraan..
Jadi alkisah yang ke-2 ni pulak berkenaan dengan keluarga yang prim and proper . Bila papa nak makan, anak tak boleh duduk semeja, nanti budak-budak makan bersepah dan buat hingar bingar. Jadi bagi anak-anak makan dulu, kemudian buat hidangan lain untuk the master of the house. Anak-anak tak pernah bermanja dan bermain dengan bapa, akhirnya bila tua - doklah dia tercokoh sorang-sorang anak-anak takde yang datang dekat dan bertanya kabar.
Ghoyak doh ke? orang lagu tu akhirnya hidup miserable bersendirian.
Alceriteranya lagi, keluarga ni ada tanah wakaf untuk perkuburan bagi semua ahli keluarga dan sanak saudaranya ( yang bersebelahan pulak dengan kubur orang yang ramai-ramai lainnya ). Depa menggali sebuah telaga untuk kegunaan bila menziarah kubur. Telaga tu pulak dibuat pagar dan dikunci, takut orang yang ramai-ramai lain tu mari ceroboh dan mengotorkan kawasan dan mengurangkan air telaga depa!
Almelepatlah pulaknya, maka pada suatu hari, ramai-ramai depa datang nak menziarah kubur, tiba-tiba si pemegang kunci perigi tadi buat loklak terlupa nak bawak anak kunci, bila nak siram kubur, tak dapatlah nak ambil air. Habis loktang master and madam! nak balik ambik kunci, rumah pulak jauh dari kubur.....
Semoga mereka rasa sebagaimana orang lain rasa, ada perigi tapi tak boleh ambil air........adenye!
Friday, March 1, 2013
Kisah Isteri Empat ....2
.......sambung kisah isteri 4......
Ustaz kata isteri ke 4 yang dia paling sayang dan akan bagi apa saja kehendaknya dimaksudkan ialah diri seseorang itu sendiri. Katanya kalau seseorang itu hidup ikut nafsu - iaitu lebih mementingkan kemewahan, keduniaan dan tak hiraukan akhiratnya bila mati dia sendiri yang akan menanggung akibat di atas segala perbuatanya .
Yang dimaksudkan isteri ke 3 ialah ahli keluarganya yang lain-lain , iaitu dia akan menjenguk mereka sekali sekala dan kalau dia mati sanak saudara hanya akan menghantarnya sampai ke kubur sahaja, lepas pengkebumian, mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing.
Isteri ke 2 pula hanya akan menemani dia hanya ke bank itu dimaksudkan, bila mati harta tak boleh bawak masuk kubur. Semua harta benda yang tinggal selepas kematiannya ialah - harta itu akan di faraidkan pada semua pewarisnya.
Akhir sekali isteri ke 4 itu ialah amalan dan amal jariahnya - akan ikutnya masuk ke kubur dan akan menjadi penyelamat dan pelindung dirinya dari fitnah kubur .
Sebenarnya , isteri saya satu saja, saya tak ada 4 isteri macam yang saya katakan tadi.
Orang muda yang bertanya tadi masih lagi ada blur sikit, tapi akhirnya dia dapat tersenyum - sebab baru nampak perbandingan yang dibuat oleh Ustaz tadi.
Acik dan akak yang ramai-ramai tadi mula tarik nafas ...legaaa.....maklumlah, kalau ustaz yang muda tu dah ada 4 barrel , ia akan memberi semangat baru pada tok laki yang ramai-ramai tu - supaya memenuhkan quota masing-masing!
Ikut tok gurulah kata kan.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...