Friday, March 1, 2013

Kisah Isteri Empat ....2




.......sambung kisah  isteri  4......

Ustaz kata  isteri ke 4 yang dia paling sayang dan akan bagi apa saja kehendaknya dimaksudkan ialah diri seseorang itu sendiri. Katanya kalau seseorang itu hidup ikut nafsu - iaitu lebih mementingkan kemewahan, keduniaan dan tak hiraukan akhiratnya  bila  mati dia sendiri yang akan menanggung akibat di atas segala perbuatanya .

Yang dimaksudkan isteri ke 3 ialah ahli keluarganya yang lain-lain , iaitu dia akan menjenguk mereka sekali sekala dan kalau dia mati sanak saudara hanya akan menghantarnya sampai ke kubur sahaja, lepas pengkebumian, mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing.

Isteri ke 2 pula hanya akan menemani dia hanya ke bank itu dimaksudkan, bila mati harta tak boleh bawak masuk kubur. Semua harta benda yang tinggal selepas kematiannya ialah - harta itu akan di faraidkan pada semua pewarisnya.

Akhir sekali isteri ke 4 itu ialah amalan dan amal jariahnya - akan ikutnya masuk ke kubur dan akan menjadi penyelamat dan pelindung dirinya dari fitnah kubur .

Sebenarnya , isteri saya satu saja, saya tak ada 4 isteri macam yang saya katakan tadi.

Orang muda yang bertanya tadi masih lagi ada blur sikit, tapi akhirnya dia dapat tersenyum - sebab baru nampak perbandingan yang dibuat oleh Ustaz tadi.

Acik dan akak yang ramai-ramai tadi mula tarik nafas ...legaaa.....maklumlah, kalau ustaz yang muda tu dah ada 4 barrel , ia akan memberi semangat baru pada tok laki yang ramai-ramai tu - supaya memenuhkan quota masing-masing!

Ikut tok gurulah kata kan.......

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...