Sunday, May 26, 2013
Semuanya Hilang Lenyap Di Mata
Pada tahun 1950 - 1960an dulu Rompin hanya kampung nelayan yang kecil, ramai yang hidup miskin, apabila Rompin Mining Co di Bukit Ibam dibuka barulah ramai yang dapat pekerjaan tetap.
Sebagai Tok Penghulu rumah Pak Andak akan gilang gemilang setahun sekali - sebab masa tu Tuanku akan turun mencemar duli melawat Rompin, Bukit Ibam dan Kampung Aur. Mak Cik Yang pernah bawak saya ke rumah Pak Andak bila Tuanku datang. Saya masih ingat hari itu saya pakai baju kurung sulam warna pink . Selepas Tuanku habis santap Mak Cik Yang ambil leftovers beefsteak bagi saya rasa....
Selepas jalanraya diperelokkan, Tuanku tidak lagi beradu di rumah Pak Andak.
Semasa kesibukan dan kemeriahan di rumah Pak Andak kebanyakan orang kampung tak perasan pun ( sebab rumah jauh dari orang ) mereka tahu Tuanku melawat Rompin, tapi tak tau detail..atau tak kisah.Sepupu-sepupu saya yang lain pun takde peluang nak pegi - tapi kami ada hari kami bermain-main dan makan nasi di rumah Pak Andak.
Kini rumah Pak Andak dah tiada ( setelah kematiannya Makchik Nab pindah ke rumah lain ) , begitu jugak rumah kayu Mak Cik Yang yang tersergam kini dah tinggal tunggul sahaja. Segala keseronokan, kehebatan dan kemeriahan gesekan biola dan petikan double bass di tahun 60an dulu sudah tiada meninggalkan bekas lagi. Ia hanya tinggal sebagai kenangan dan benar-benar menginsafkan saya bahawa semua yang ada didunia ini tidak kekal, yang kekal hanya Allah SWT!
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu saudara saya yang sangat saya kasihi - dialah yang mengajar saya cara-cara bersolat dan mengajar saya supaya beradap dengan orang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment