Sunday, September 29, 2013

Jangan Kelabu Mata!







Saya pernah menyertai kelas tazkirah dengan seorang pendakwah bebas yang sungguh zuhud kelihatanya - jubah lusuh dan naik motosikal yang silap-silap boleh rosak tengah jalan. Beberapa tahun kemudian saya menghadiri lagi kelas tu, pendakwah itu sudah berubah banyak dari segi fizikalnya - berjubah bersih dan dari jenis kain yang mahal .Saya fikir, berkat hidup dia sebab menjaga anak-anak yatim.

Setelah dia menjaga anak-anak yatim duit mencurah-curah masuk ke dalam akaunnya, hinggakan dia sendiri menceritakan pada jemaah, pernah pihak bank memanggilnya untuk mengesahkan kemasukan duit yang banyak itu scara bertalu-talu ( dari penderma-penderma yang berhati mulia dan anonymous ).

Dengan duit yang masuk mencurah-curah itu, dia telah  menghantar anak-anak lelakinya ke Mesir, Mekah dan Madinah untuk melanjutkan pelajarn di sana, kemudian menghantar  pulak anak-anak perempuan dengan isterinya sekali ke Yaman untuk menuntut ilmu. Katanya bila mereka pulang nanti boleh jadi tenaga pengajar di rumah anak-anak yatim yang diusahanya itu!

Paling akhir ceritanya orang tak tahu dia pegi mana, dia dah tak datang ke surau itu lagi .Rupa-rupanya rumah anak yatim itu dibubarkan kerana sudah tiada penjaga! Tapi akaun bank yang duit mencurah-curah masuk atas nama dia tu macam mana?

Kawan saya pernah menziarah sebuah rumah anak yatim yang dia dan rakan-rakannya beri bantuan online setiap bulan - rupanya mereka tinggal di banglo mewah yang ( mungkin ) berharga jutaan ringgit. Tapi mereka agak terperanjat sikit bila tengok keadaan anak-anak yatim itu  nampak terabai dan tidak cukup kelengkapannya!
 
WaLlahu a'lam!




Friday, September 27, 2013

Gotcha!






 Finally ( after more than 3 years trying ) I managed to capture this beautiful yellow belly little bird !






I memang geram kat burung kecik tu lama dah.....terbang liar ke sana ke mari, bunyi riuh bukan main . Dia suka terbang berpasangan dan sangat susah nak ambik gambar.






..dulu dia tak pernah datang bermain-main kat tepi tingkap ni ( tingkap rendah - dia boleh nampak kita, kita boleh nampak dia).
Tiba-tiba dalam sehari dua ni dia suka bertenggek kat luar ...mungkin dia ingat  orang pencen dalam rumah tu  dah give-up tak nak ambik gambar dia!

Wednesday, September 25, 2013

Street Fair








Tourism Malaysia NY  Promoting Visit Malaysia Year 2014









Beautiful Life in the spirit of Visit Malaysia Year - wearing batik shawl ala kebaya.






Monday, September 23, 2013

Baulu Ikan!

     





Tak tahu fasal apa dok buat musuh kat kuih baulu!


   




Baulu tu saya simpan sampai  keras - takde sapa pun yang makan. Lama-lama banyak jugak stock baulu kat rumah tu, sampai I terpaksa beritau dorang - jangan bawak kuih baulu tu lagi!

Tapi sekarang dah berbaik-baik pulak dengan baulu, pegi rumah orang kawin dapat baulu, balik rumah makan dengan air kopi .......

Mungkin bila umur meningkat tt...tu..a sikit we start craving for sweet things ? Entahlah..........



Thursday, September 19, 2013

Musim Kenduri Kahwin







                                         Keris tu, nampak threatening sikit, macam nak tikam belakang orang jeee!


Bila dah ramai-ramai dok bawah kemah kenduri kahwin bayak pulak keluar cerita , macam-macam ada, fesyen baju, kutuk tuan kenduri sebab makanan tak sedap / nasi mentah, dok melepat, mula-mula fasal orang kampung depa, akhirnya berjangkit pulak pada ahli politik.......maklumlah tengah panas fasal Pemilihan Umno...

Ada yang kata -  Umno ketandusan pemimpin, sebab tulah dok gi rewind forward, rewind forward muka-muka  lama yang orang dah tak larat nak pandang dan tak larat nak dengar cerita depa. Depa kata , pemimpin yang dah ada nama aka dah ada skandal ( ada kes rasuah atau  lain yang melibatkan moral atau lain-lain yang tak sedap didengar  ) takyah le gi dok ambik depa lagi, bagilah peluang kat orang lain pulak...Belanar lagi orang yang lebih amanah yang boleh di ketengahkan.

Depa kata lagi, perangai orang Umno yang suka cantas mencantas dari dulu sampai sekarang tak berubah -ubah  akhirnya membuahkan hasil iaitu nak cari calon yang sesuai untuk ketua wanita ( tak naklah yang tuuuuu je! ) atau ketua pemuda ( yang baru pulaklah weh! ) pun....alahai.....silap silap nanti  the incumbents  menang tak bertanding!

Depa kata lagi , kalau.........err..... baik I stop kat sini je, nanti orang ingat I pulak yang mengata...

Tuesday, September 17, 2013

Telur Masin






Balik kampung beli telur masin




 Banyak di jual di tepi jalan antara Pekan dengan Rompin




Bila pegi kenduri kahwin keesokannya dapat pulak  cenderahati  telur masin yang siap direbus dan boleh buat lauk tambahan untuk makan malam tu.........takdelah membazir!

Tak payah beli kristal kalau nak bagi door gift akak oii, tak tahu nak letak mana - rumah buruk tak sesuai dengan kristal mahal, rumah lawa, kristal pulak takde jenama , akhirnya gi perosok dalam store.


Friday, September 13, 2013

Qiraat Syu'bah









Qiraat Syu’bah – Usul Dan Farsy Huruf – Surah Al –An’am  - Bah 1



Bil
Ayat
Hafs
Syu’bah
Keterangan/Cara Bacaan Syu’bah
1
16
يُصْرَفْ
يَصْرِفْ
يَ fathah  رِ kasrah
2
23
تَكُون فِتْنَتُهُمْ
  تَكُون فِتْنَتَهُمْ
تَ fathah pada فِتْنَتَهُمْ
3
27
  وَلا نُكَذِّبَ / وَنَكُونَ
  وَلا نُكَذِّبُ / وَنَكُونُ
بُ dan نُ dhommah
4
30
   بَلى
Imalah
Imalah
5
32
تَعْقِلُونَ أَفَلاَ
يَعْقِلُونَ  أَفَلاَ
يَ fathah 
6
55
وَلِتَسْتَبِينَ
وَلِيَسْتَبِينَ
يَ fathah 
7
63
وَخُفْيَهً
وَخِفْيَهً
خِ  kasrah
8
76
كَوْكَباً رءا
ر  dan ء imalah

9
77
ٱلْقَمَرَ  رءا
ٱلْقَمَرَ  رءا
ر  dan ء imalah ketika wakaf , jika wasal imalah  ر
10
78
ٱلْشَّمْسَ رءا
ٱلْشَّمْسَ رءا
   - sda -
11
79
   لِلَّذِى  وَجْهِىَ
لِلَّذِى  وَجْهِى
ىْ sukun
12
85
  وَزَكَرِيٌَا
وَزَكَرِيٌَاءَ
 Tambah hamzah fathah                            ءَ jadi mad wajib
13
92
   وَلِتُنذِرَ
وَلِيُنذِرَ
يُ fathah

Wednesday, September 11, 2013

Puku Canang Keiling Kampug!





......kalau orang nak menunjuk......


Kalau depa nak beritahu kita kekayaannya ( walaupun tak kenal ) dia akan sapa kita ,bukak sembang ringan-ringan, lepas tu mulalah sikit-sikit dia ceritakan apa yang dia ada .....rumah kedai berderet-deret, hartanah merata-rata, duit melimpa ruah....
Kayanya dia...

Kalau  ada yang nak beritahu  class dia....mulalah dia cerita fasal dreba dia, rumah dia , suami dia yang pangkat besarrrr.....walau pun pertama kali berjumpa dalam majlis jamuan hari raya.....
Beruntungnya dia....

Kalau nak bagi tahu anak-anak dia pandai-pandai, semua berjaya dapat koje besar, gaji besar....mulalah dia bacakarangan yang takde koma dan noktah, hingga semua orang lari dan beralih tempat duduk.....
Kesiannya dia....

Tapi tak kisahlah akak oii, dengar je, bukan selalu jumpa orang macam tu, hanya sekali sekala je!

Monday, September 9, 2013

Qiraat Syu'bah







Qiraat Syu’bah – Perbezaan Farsy Huruf – Surah Al Ma’idah



Bil
 Ayat
Hafs
Syu’bah
Keterangan/Cara Bacaan Syu’bah
1
2
رِضْوَانًا
رُضْوانًا
رُ Dhommah
2
2 , 8
شَنَأانُ
شَنْأانُ
نْ Sukun
3
6
وَأرْجُلَكُمْ
وَأَرْجُلِكُمْ
لِ  Kasrah
4
28
  يَدِىَ
  يَدِى
يْ  Sukun
5
57 , 58
هُزُوًا
هُزُءًا
Tukar     و   kepada  ء
6
67
رِسَالَتَهُ
  رِسالاتِهِ
Jama’
7
107
ٱسْتِحَقَّ   
ٱسْتُحِقَّ
تُ Dhommah ,   حِ ,ibtida’ hamzah wasal dengan dhommah
8
107
  ٱلْأَوْلَيَانِ
ٱلْأَوَّلِينَ
وَّ Fathah bertasydid  لِ kasrah  يْ sukun tanpa alif
9
109 , 116
ٱلْغُيُوبِ
  ٱلْغِيُوبِ
غِ Kasrah
10
116
وَأٌمِّىَ
وَأُمِّى
يْ  Sukun

  رِضْوَنَ kali ke 2 dalam surah ini dibaca sama Hafs dan Syu’bah iaitu dengan  رِ kasrah.
Hanya ada 13 perbezaan Farsy Huruf dalam Surah Al Ma’idah

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...