Sunday, September 29, 2013
Jangan Kelabu Mata!
Saya pernah menyertai kelas tazkirah dengan seorang pendakwah bebas yang sungguh zuhud kelihatanya - jubah lusuh dan naik motosikal yang silap-silap boleh rosak tengah jalan. Beberapa tahun kemudian saya menghadiri lagi kelas tu, pendakwah itu sudah berubah banyak dari segi fizikalnya - berjubah bersih dan dari jenis kain yang mahal .Saya fikir, berkat hidup dia sebab menjaga anak-anak yatim.
Setelah dia menjaga anak-anak yatim duit mencurah-curah masuk ke dalam akaunnya, hinggakan dia sendiri menceritakan pada jemaah, pernah pihak bank memanggilnya untuk mengesahkan kemasukan duit yang banyak itu scara bertalu-talu ( dari penderma-penderma yang berhati mulia dan anonymous ).
Dengan duit yang masuk mencurah-curah itu, dia telah menghantar anak-anak lelakinya ke Mesir, Mekah dan Madinah untuk melanjutkan pelajarn di sana, kemudian menghantar pulak anak-anak perempuan dengan isterinya sekali ke Yaman untuk menuntut ilmu. Katanya bila mereka pulang nanti boleh jadi tenaga pengajar di rumah anak-anak yatim yang diusahanya itu!
Paling akhir ceritanya orang tak tahu dia pegi mana, dia dah tak datang ke surau itu lagi .Rupa-rupanya rumah anak yatim itu dibubarkan kerana sudah tiada penjaga! Tapi akaun bank yang duit mencurah-curah masuk atas nama dia tu macam mana?
Kawan saya pernah menziarah sebuah rumah anak yatim yang dia dan rakan-rakannya beri bantuan online setiap bulan - rupanya mereka tinggal di banglo mewah yang ( mungkin ) berharga jutaan ringgit. Tapi mereka agak terperanjat sikit bila tengok keadaan anak-anak yatim itu nampak terabai dan tidak cukup kelengkapannya!
WaLlahu a'lam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah Jadi Bionic Women
Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ial...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment