Wednesday, April 30, 2014

Pegaga!


Asalnya tanam dalam 'bird bath' ni....



Lama-lama melarat atas tanah...
Nasib baik tukang potong rumput pandai trim pegaga yang bersepah atas tanah...

Monday, April 28, 2014

Cik Meow Dan Anaknya..















Bila saya bukak kipas depa pun perasan ada orang kat dalam rumah, cik kelabu dah terjun lari tapi ibunya dengan  cik tompok slow-slow turun dari atas tembok setinggi 4 kaki itu terus ke laman rumah tuan depa ...........

 Tiap-tiap hari saya intai mereka main di hujung pagar belah sana - depa tak nampak saya sebab jauh. Nanti dah besar sikit dan bila bercerai susu dengan ibunya mereka tidak akan bermain-main di laman lagi seperti sekarang ni. Mereka akan menjalankan hidup mereka sendiri - pi cari laki tang mana pulak....




Saturday, April 26, 2014

Thursday, April 24, 2014

Springtime....






..in the backyard!

Displaying photo 2.JPG

Flowers first, leaves later! Can't wait to greet the sunshine...after the heavy snow! 

Kita kat Malaysia ni hari- hari springtime , bunga kembang sepanjang tahun
                                                                           
                                                                                 

Tuesday, April 22, 2014

Satu Pertiga Malam







google search




Selama ni tak berapa faham  tentang 1/3 malam , bila dan cara mana nak mengiranya . Main agak je kira-kira pukul 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Tok Guru kata 1/3 malam bermula selepas waktu Isya dan selepas seseorang itu menunaikan solat Isya' dan ia tidur. Jadi pengiraannya ialah 1/3 malam bermula dari situ. Sekiranya ia tidur pada pukul 10, dia ada 8 jam untuk sampai waktu Subuh ( waktu Subuh  masuk kira-kira pukul 5.50-6.00 pagi )  -anggarannya lebih kurang :

Pukul 10.00 - 2.00  -   separuh malam , 2.00 - 6.00 - separuh akhir malam

Atau anggarannya;
Pukul 10.00 -12.50   - 1/3 malam
Pukul  12.50 - 3.50   -  2/3malam
Pukul  3.50 - 5.50     -  3/3 malam

Jadi lain orang lain 1/2 malam atau 1/3 malam mereka .
Wallahua'lam.

Kalau ada sesiapa yang ingin menambah ,memberi penerangan yang lebih jelas/ lebih baik/ betulkan statement di atas , dipersilakan....dan didahului dengan ucapan terima kasih!





Saturday, April 19, 2014

Bunga Senduduk




Buah dan bunga senduduk boleh dibuat 'vegetable dye', yang digunakan bagi mewarnakan benang untuk dibuat kain..

Di negara Asia Barat banyak menggunakan pewarna yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan iaitu sama ada akar, daun, buah dan bunga- bungaan bagi mewarnakan benang untuk dibuat permaidani buatan tangan...


Thursday, April 17, 2014

Padan Muka Weh!




Ada segelintir rakyat Malaysia yang bencikan negara ini, dan  mereka dah tak mahu lagi bernegarakan Malaysia ini kerana tak puas hati dengan semua perkara dari A sampai ke Z. Justeru, mereka ramai-ramai meninggalkan Malaysia dan  dengan bangga dan puas hatinya mereka mengoyak paspot mereka!


Malaysians left stateless in UK in row over colonial law

2009/10/11
LONDON, Sun: Hundreds of Malaysians who tore up their passports and set off for Britain in the belief they could claim citizenship under a quirk of colonial law have found themselves stateless and desperate.

Rupa-rupanya bila kena hidup menumpang di negara orang tak boleh nak berkurang ajar -  barulah sedar langit tu tinggi..........


Tuesday, April 15, 2014

Rugi Besar!





Mengenang kembali kisah seorang ahli keluarga yang membeli tanah dan mendirikan rumah di belakang tanah seseorang.  Tapi tak tau kenapa tuan tanah tu berkeras tak membenarkannya menggunakan tanahnya sebagai laluan kereta keluar masuk.  Kak T anak beranak terpaksa guna jalan lain yang lebih jauh atas ihsan seorang tuan tanah yang lain - walaupun tanahnya hanya sekangkang kera. kalau tidak sudah tentu keretanya  kena park di tepi jalan.

Sungguh keras hati tuan  yang tak beri laluan itu . Apabila dia  meninggal dunia rumahnya kosong tak berpenghuni sebab anak-anaknya dah buat rumah di tempat lain, jadi tanah itu  seolah-olah tak bertuan hingga kini. Kalaulah dia orang yang pemurah - mungkin dia akan dapat pahala yang tak putus-putus kerana mewakafkan sedikit tanahnya untuk jiran belakang lalu lalang......

Walaubagaimana pun ada kebaikannya  - pejalan kaki dibenarkan melalui tanah tu.. Sekarang ada jalan baru dibuka di belakang rumah Kak Ti , setelah lebih 40 tahun bersabar......akhirnya baru bebas kereta ahli keluarganya keluar masuk, tak perlu lalu atas tanah orang lagi!

Saturday, April 12, 2014

Kisah Tudung Pintu





                Pemandangan dalam  Masjidil Haram di Makkah AlMukarramah



Ingatlah peristiwa Siti Sarah berlari-lari anak berulang-alik antara Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah mencari air untuk anakandanya Ismail yang masih bayi yang sedang menangis kehausan.


Kisah Nabi Ibrahim a.s. menziarah anakanda beliau iaitu Nabi Ismail a.s., kebetulan pada masa itu Nabi Ismail tiada di rumah. Apabila baginda bertanya khabar pada menantu baginda ( yang tidak mengenalinya ) tiada lain yang diceritakan melain keluh kesahnya , menceritakan  hidup dalam kesukaran dan suami kerap bepergian ( keluar berdakwah ). Ketika hendak pulang ke Palestine, baginda tinggalkan pesan untuk anakandanya supaya menukar tudung pintu rumahnya. Setelah pesanan itu dikhabarkan pada suaminya - isteri itu pun diceraikanya.

Setelah berziarah  kali ke dua , baginda meninggalkan pesan pada menantunya suruh khabarkan pada suaminya iaitu tudung pintu rumahnya tidak perlu ditukar. Rupanya menantu ini tidak sibuk mengadu kesusahan hidup tetapi lebih mementingkan lelaki tua yang datang dari jauh berziarah ke rumahnya. Sudah tentu menantu ( walau pun tak kenal bapa mertuanya ) lebih dulu memuliakan tetamu, bertanya kabar dari mana, mengambil berat tentang jerih payah datang dari jauh untuk berziarah. Walaupun pada kali ini hampa untuk bertemu anakandanya, tapi baginda puas hati , menantu barunya mempunyai ciri-ciri yang perlu ada pada bakal ibu pewaris anbia'.

Dengan ini ia akan dapat mengasuh anak-anaknya dengan cara yang selayaknya - sebagaimana Siti Sarah yang cekal dan berani ketika ditinggalkan bersendirian memelihara anak kecil di tengah-tengah padang pasir yang kemudiannya dinamakan Makkah........

Wallahua'lam






 

Thursday, April 10, 2014

Buat Hand Bouquet



Seronok jugak buat hand bouquet ni, kalau tak sekali sekala buat, lama- lama tak ingat...



Buat riben untuk door gift majlis aqad nikah anak seorang sahabat...




Monday, April 7, 2014

Pokok Ginseng Malaysia




( Terjumpa gambar lama yang telah terdelete dan telah dicrop sehingga sampai kemetot..)



Depa kata daun pokok ginseng boleh dibuat ulam. Ia sangat mudah ditanam dan mudah hidup dengan cara patahkan dahannya dan terus tanam.




Pokok ginseng Malaysia berbunga cantik dan boleh dibuat hiasan di dapur atau di meja makan. Pokok ginseng juga akan tumbuh di merata ceruk dengan sendirinya.

Thursday, April 3, 2014

Batik Malaysia!










Photo: Creating Malaysian batik
Google search



Bila Beautiful Life mintak hantarkan blouse/ kaftan top Batik Malaysia , susah jugak nak mencarinya di Kuala Lumpur ni. Mulalah pening memikirkan mana nak cari - imagine, we have to google to find the batik. Kalau dulu masa duduk di KB, takde masalah, batik ada di merata kedai. 20 tahun dulu dok berkawan dengan tokey batik , dok berbatiklah kita ni siang malam.Tapi dulu-dulu takdelah blouse, jaket atau kaftan top!

Ada beberapa boutique batik di KL ni yang saya dah pegi - tapi , mak ai, sehelai blouse batik sutera letak harga  rm400! Lepas diskaun gitu gini bolehlah less rm50 ( maklumlah batik tu dari jenama terkenal di Malaysia nih! ). Pulak tu blouse yang ada memang cantik tapi saiz pulak untuk anak dara sunti , kecik molek dan pendek. Mak dara takde harapan nak pakai!

Tapi rupa-rupanya di Pasar Seni banyak ada kedai batik yang harga berpatutan mahalmurahnya, sehelai blouse batik sutera chiffon boleh dapat harga yang jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan 300-400 tu! Kalau cakap mahal kang kena sergah pulak, kan ke Batik Malaysia kinek tok begitu exclusive!

 Pendek kata batik di KL dijual untuk tourist dan orang yang banyak pitih je! Sebab tu orang Malaysia jarang yang pakai blouse batik hok comel-comel crepe atau chiffon.....Yang serabai kaftan kain rayon tu belanarlah orang beli.....memang buat untuk rakyat marhaen!






Tuesday, April 1, 2014

Tengah Dok Mengendap!







Dah dua minggu Kak Meow bawak dua anaknya yang dah pun besar tinggal di bawah pokok ni, tapi bila nampak orang depa terus  lari masuk longkang....Dah jadi macam kucing liar takutkan orang.






Dari jauh saya nampak dua beradik bermain-main , bila saya pegi dekat dengan begitu pantas depa  lari terjun dalam longkang . Cik Tompok dah lesap ,Cik Kelabu tak sempat lari, dia tunggu kejap.....dengan penuh ketakutan...


..bila saya makin dekat dia terus terjun longkang dan masuk dalam kolong. Dua beradik tu takkan keluar dari tempat persembunyiannya @ tempat tidur mereka hingga yakin dah takde orang kat  situ....


 
Dah berapa lama saya mengendap nak ambik gambar , tapi tak berjaya. Mungkin suatu hari nanti, bila mereka dah betul-betul besar dan dah tak takutkan orang saya akan dapat merakam gambar mereka sedang bermain-main di bawah pokok ..... 










Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...