Friday, May 2, 2014

Bersegeralah.......





Arwah mak meninggal dunia pada tahun 2005 jam 6 petang - sedara mara lelaki dok bincang nak kebumikan esok paginya, tapi pak sepupu sarankan lepas Isya malam tu.  Abang sepupu saya ( mak saudara dan bapa saudara semua dah tiada ) yang mengelolakan hal kematian  tanya saya, kebumi malam ni atau esok? saya kata selesaikan malam ni. Abang Yahaya kata boleh, Abang uruskan orang gali kubur dan Mah ( saya  ) uruskan orang mandi.

Setelah hampir masuk waktu Maghrib kumpulan  mandi mayat ( 3 orang semuanya ) datang menyiapkan kain kafan. Bila masuk waktu Maghrib mereka pun bersolat, selepas solat kami pun jadi penolong  mandikan jenazah mak. Saya tukang hulur air, arwah Makcik Gayah membantu  meratakan air ke badan emak dan Dah adik saya membantu menggosok dan menyabun badan mak.

Sambil meratakan air Makcik Gayah pun berkata..........Abe Teh ( mak saya ) bersih sangat orangnya,  suka mandi, suka bersiap....bagi air banyak-banyak ,  mandi puas-puas, sabun bagi wangi - wangi .......

Sedang elok selesai mandi dan kafan orang lelaki pun balik dari masjid ( selepas Isya ) terus solat jenazah mak, lepas tu terus bawa ke kubur. Lebih kurang pukul 10.30 malam pengkebumian selesai dijalankan.

Kalau ada masalah besar dalam keluarga , kita mestilah cari jalan terbaik untuk meyelesaikan masalah  itu. Dalam hal kematian pula kita kena usaha untuk menyegerakan urusan pengkebumian.Kalau kubur dah sedia, orang mandi jenazah pun ada, kelengkapan dah ada, kain kafan , kenderaan semua dah ada, kita kena gerakkan bagi ia berjalan dengan lancar dan segera.

Orang Pantai Timur tiada masalah tanam mayat waktu malam. Selalunya dalam masa 5 jam atau selebih-lebihnya 6 jam, InsyaAllah urusan jenazah boleh selesai.





No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...