Pi tengok matahari tenggelam....
..... naik Bukit Kokol Poring-Poring di Kota Kinabalu waktu hampir senja - sampai di puncak bukit kabus begitu tebal dan cuaca sangat sejuk - tak nampak matahari.
Pakat-pakat minum teh o panas sambil menunggu dengan penuh harapan...( and I fell in love with the tea mug )
Kami hampir putus asa nak melihat matahari jatuh........kabus tebal, jarak penglihatan begitu dekat...
Kemudiannya kami berasa lega apabila lama kelamaan awan tebal berlalu ...
Cahaya di langit mula berubah......
Dari puncak Bukit Kokol kami dapat lihat kaki langit bertukar menjadi kuning...matahari pulak berselindung di sebalik gumpalan awan hitam yang tebal....
Apabila awan berlalu kami nampak matahari menjadi semakin merah dan turun dengan cepatnya ke arah kaki laut......
.........akhirnya terbenam di sebalik ufuk dengan meninggalkan cahaya kuning keemasan
Semasa kami turun dari puncak , kabus masih tebal di hadapan kami.....
Semakin kami menurun dari lereng bukit , kaki langit masih cerah...walaupun matahari sudah terbenam
dan telah masuk waktu Maghrib
.........lampu-lampu pun mula dinyalakan menyebabkan kawasan bandar KK nampak berkerlipan...
Sayangnya kami tak dapat dengar azan Maghrib berkumandang!