Sempena Hari Raya.......
Awe mohon maaf pada maknya dengan menghulur envelope yang agak tebal....
Mak, kosong-kosong ye!
Jawapan setiap emak pulak berbagai-bagai.......
Terima kasih Awe, mak ampunkan anak mak sampai bila-bila.
Mak memang dah ampunkan kamu Awe, tapi ENGKAU jangan main kosong-kosong dengan aku, duit yang engkau pinjam tu bayar balik, tak dapat bayar semua sikit-sikit pun jadi lah.....
Takkanlah mak tak ampunkan doso ekau pado omak, Jang..... .ekaulah satu-satunya anak omak dalam dunia ni ..TAPI maso ekau nak boli moto, aku yang bayar , lopeh tu ekau dok mamokak siang malam...preng..preng..preng! Dah tu purse aku jangan silap letak jo habih duit ekau korek buat beli minyak moto!!
Ada jugak ibu yang tak dapat tidur malam bila anak bujang depa keluar hujung minggu - selagi tak dengar bunyi motor anak balik rumah selagi tu tak dapat tidur - sampai tahap insomnia Makcik Gayah. Lama-lama dia pun sakit hati, setiap malam minggu jika dia dapat tau anaknya nak pegi racing - dia akan pegi balai polis buat report - malam itu ada orang nak racing motor di sekian-sekian jalan . Banyak kali jugak anak-anak muda kena kansel racing haram mereka sebab kena terjah dek polis!
Untuk mencegah anak mudanya dari memperjudikan nyawa dia pun mengahwinkan anaknya. Rupa-rupanya baik pulak anaknya lepas kawin tu....tapi lepas tu dia pulak jadi mekanik pi dok perbaik motor member-member yang masih aktif ber racing tuh!
2 comments:
Saya nak cadangkan pada kak KJ untuk bukukan kisah masyarakat ni..cerita cerita kak KJ ni santai tapi dalam mesejnya...UH
he he!
Post a Comment