Friday, September 5, 2014

Iddah






Beberapa permasalahan timbul apabila ada di antara wanita yang kematian suami ( yang di antaranya adalah di kalangan sahabat-sahabat saya ).


Ramai yang tak sempat nak bersedih dan murung setelah suami mati sebab banyak masalah yang harus diselesaikan - yang terutamannya ialah masalah Faraid. Balu terpaksa menguruskan pelbagai perkara yang rumit  untuk menyelesaikan hal-hal mengenai hutang piutang suami ( jika ada ), wang dan  hartabenda  dan pembahagian harta bagi waris-waris yang tinggal.

Dan beberapa persoalan lain juga telah terjawab :

1.  Iddah wanita yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari -  tidak kira sama ada sudah tua atau dah putus haid sementelahan lagi yang masih muda.(  ada yang ambil ringan fasal iddah kematian kerana  dah tua )

2. Boleh keluar rumah atas dasar darurah sahaja seperti pergi kerja, pergi beli makanan atau  barang keperluan , pegi hospital dan lain-lain yang seumpamanya. Yang terlarang ialah keluar atas hal-hal yang lagha seperti pegi shopping atau pun keluar yang mengundang peminangan orang ( keluar dengan memasang badan )

3. Hatta kelas pengajian umum ( AlQuran , tafsir dan lain-lain ) juga tidak dikira darurah,  sebab kelas-kelas pengajian itu adalah berterusan dan berpanjangan - tidak seperti pengajian khusus yang ada jangkamasa tertentu seperti pengajian di peringkat tinggi atau lain-lain.

4. Ada di antara mereka yang menerima tetamu tidak putus-putus yang datang mengucap takziah. Ada juga sahabat-sahabat suami yang lelaki datang mengunjung , dibenarkan kalau dalam rumah itu ada lelaki  ( anak lelaki , adik lelaki atau lain-lain yang mahram ). Lelaki muda refrain yourselves from going to the young widows' house to pay condolences!!!

5. Adakah sampai doa isteri untuk suami? Insyaallah semoga Allah makbulkan doa isteri. Tapi yang disebut dalam hadith ialah ANAK-ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN IBUBAPANYA  akan diterima doa mereka......
Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku, Ya Allah masukkan mereka ke dalam syurgaMu ( antara contoh yang diberi )

6. Seelok-eloknya diam di rumah seperti yang telah disyariatkan.

WaLlahua'lam.





No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...