Sunday, August 30, 2015
Sabar Dengan Ujian Allah..
Seorang kerabat kami telah beberapa tahun lamanya melawan penyakitnya dengan gagah berani - sentiasa ceria dan tidak pernah berputus asa. Walau pun kemudiannya dia terpaksa membayar sendiri ubat yang begitu mahal mencecah ribuan ringgit ( sebab banyak karenah birokerasi bila nak claim balik duit dia ).
Setelah beberapa lama di hospital beliau kena discharge sebab tiada lagi rawatan yang patut beliau jalani. Sekarang beliau dijaga oleh anak lelaki dan menantunya sepenuh masa ( beliau tidak mempunyai anak perempuan ).
Anak dan menantu menjaga ibu dengan penuh sabar dan prihatin - beri ubat ikut waktu , membersih dan mengelap ibu , merawat luka-luka belakang akibat sudah 3 bulan terlantar....dengan kata-kata yang lemah lembut memujuk ibu yang kadang kala tidak tertahan kesakitan...
Sememangnya ibu itu seorang yang bersemangat waja, tidak merungut dan tidak keluh kesah berdepan dengan brain cancer!
Semoga anak dan menantu mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat , aamin!
Friday, August 21, 2015
Baliklah Ke Pangkal Jalan!
Bila orang buat bising RM jatuh merudum berbanding USD ramai pulak pencacai kata -
hangpa berniaga import export ke? Ada anak belajar di UK , US?
Maknanya kalau kamu orang biasa takde business besar - besar , anak belajar sekolah pondok je - shut up lah buat apa kepoh-kepoh - takde kena mengena dengan korang pun duit turun ke naik!
Sekarang ni dah ada orang yang nak tukar duit kat Siam , depa dah tak nak terima RM!
Wahai pencacai..terimalah hakikat Bahtera Merdeka tengah dilambung ombak setinggi gunung! Takut nanti kapal terlanggar batu - nakhoda abandon ship , anak kapal yang kelemasan.
Mugo nakhoda kapal boleh hidup mewah 7 keturunan. Maklumlah sekarang ni orang kaya dapat derma, orang susah yang hidup terhimpit!
Jangan dok ghoyaklah kata semua bagus. Apa yang dibaca atas kertas tak semestinya ia adalah realiti masa kini!
Tuesday, August 18, 2015
Monday, August 17, 2015
Baik Malu Kecik Jangan Malu Besar
Bayangkan seseorang pemimpin yang telah terkantoi buat kesilapan dan rakyat keluh kesah mahukan pemimpin turun/undur/tidak mengganggu siasatan yang sedang berjalan.
Kalau beliau seorang yang berpandangan jauh dan sayangkan parti/negara mengatasi sayangkan kekayaan/kekuasaan ( yang tak akan kekal selamanya ) gunalah peluang yang ada UNDURLAH!! dengan cara terhormat. Mungkin lama kelamaan rakyat memaafkan dan melupakan perbuatannya yang tidak tidak boleh diterima ramai ( melainkan penyokong-penyokongnya yang tak berbelah bagi (?) tuh! )
Jangan sampai pemimpin dijatuhkan - dalam keadaan rakyat yang sedang marah mungkin pemimpin itu akan hilang segalanya malah akan dikutuk dann dicerca.. ( atau dihadapkan dimuka pengadilan .....kalaulah ada yang berani@kalau ada kes )
Kalau pemimpin itu tidak ada perasaan malu/bersalah/menyesal - ingatlah anak cucu dan keturunannya yang akan datang - akan mendapat tempias dari perbuatannya!
Pendek kata kalau majority rakyat dah menolak pemimpin tu janganlah buat muka saden atau buat selamber derk je.......Bagi peluang pemimpin lain yang lebih jujur dan amanah dan tak menunjukkan kekayaannya pada dunia dengan menggunakan duit yang bukan hak dia!
Friday, August 14, 2015
Wednesday, August 12, 2015
Monday, August 10, 2015
Kalau Tiada Angin Takkan Pokok Bergoyang
Bijak sungguh orang tua-tua kita dulu menghasilkan pepatah yang diambil dari hasil pemerhatian dan kehidupan mereka sehari -hari.
Pepatah ini dikait rapat pula dengan :
Kalau tak tumbuh tak melata
Kalau tak sungguh orang tak kata
Pernah satu ketika seorang sahabat begitu marah pada kawan karibnya Z kerana memfitnah . Z kata suami sahabatnya ada perempuan lain. Keadaan menjadi runcing antara dua sahabat apabila si suami menafikan tuduhan itu...
Jangan percaya cakap orang yang nak memecah belahkan kita!
Beberapa bulan bersilam sahabat dapat tau suaminya memang betul dah kawen lain....
Dan sahabat pulak taklah bodoh sombong, tak pulak bodoh bertingket-tingket .....dia pegi meminta maaf pada Z kerana memutuskan persahabatannya dengan Z semata-mata percayakan cakap lakinya yang Kaki Pembohong tuh!
Saturday, August 8, 2015
Rendang Dah Habis......
Makanlah mihun pulak
..bersama cucur jagung dan sedikit buah-buahan....
Semoga lemak tepu dari rendang dan lemang raya cair sikit!
Tuesday, August 4, 2015
Jangan Jadi Macam Ketam...
...ajar anak jalan serong!
Kalau ibu bapa tunjuk teladan yang buruk ia akan jadi ikutan sampai ke anak cucu,cicit,cuit....
Kalau sesuatu perbuatan itu salah janganlah gi dok kona lana nak ghoyak kat orang kata perbuatan tu betul , tak salah , tak apa , ok je!
Takut nanti tinggal Bahasa Melayu dengan baju Melayu je!
Sunday, August 2, 2015
Jangan Sampai Anak Cucu Meludah......
....atas kubur nenek moyang mereka jika terpaksa mengemis di negara mereka sendiri semata-mata kerana......
...nenek moyang mereka tidak mencegah malahan bersubahat terhadap kemungkaran dan penipuan yang berlaku di depan mata.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...