Monday, August 10, 2015

Kalau Tiada Angin Takkan Pokok Bergoyang




Bijak sungguh orang tua-tua kita dulu menghasilkan pepatah yang diambil dari hasil pemerhatian dan  kehidupan mereka sehari -hari.

Pepatah ini dikait rapat pula dengan :

Kalau tak tumbuh tak melata
Kalau tak sungguh orang tak kata

Pernah satu ketika seorang sahabat begitu marah pada kawan karibnya Z kerana memfitnah .  Z kata suami sahabatnya ada perempuan lain. Keadaan menjadi runcing antara dua sahabat apabila si suami menafikan tuduhan itu...

Jangan percaya cakap orang yang nak memecah belahkan kita!

Beberapa bulan bersilam sahabat dapat tau suaminya memang betul dah kawen lain....

Dan sahabat pulak taklah bodoh sombong, tak pulak bodoh bertingket-tingket .....dia pegi meminta maaf pada Z kerana memutuskan persahabatannya dengan Z semata-mata percayakan cakap lakinya yang Kaki Pembohong tuh!




No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...