Saturday, December 26, 2015

Syaitan Bisu


Semasa pengantin duduk di pelamin pun perbincangan hebat terus berjalan......

Ada yang kata Najib is strong now dia boleh dapat landslide win come the next GE. Semua orang sokong dia sekarang.
Ramailah yang dok keliling meja tu tertelan buah kana ( acar buah ).

Depa kata Najib dah kambus semua lubang yang boleh  menjerluskan dia. Kaitkan pula dengan Tun M marahkan Najib sebab tak dengar cakap dia dan bla bla bleat bleat bleat!
Tapi tak sebut pun fasal 2.6b Dan IMDB - sebab bagi mereka itu perkara kecik bukan satu perkara yang harus dibangkitkan. Kerugian perkara biasa Dalam perniagaan. Derma pula adalah sesuatu yang halal....

Habis kenduri saya rasa sangat kecewa.....
Kalau penipuan yang jelas dan nyata itu boleh diterima dan ramai orang membenarkannya dan ramai lagi yang mendiamkan diri.......maka tiadalah jalan yang boleh membetulkan keadaan...



2 comments:

ngasobahseliman said...

Jangan susah hati dear Sis. Allah Ada. DIA maha Mendengar dan Maha Melihat. DIA tahu yang Nyata dan yang Tersembunyi. Kita semua akan berhadapan denganNYA. DIA yang maha Berkuasa.
Kita mohon keampunanaNYA. Semoga Allah golongkan kita dengan orang-orang yang soleh dan diterima diSyurgaNYA. Aamiin......

Kerabu Jantung said...


Semoga ada orang dan ada golongan yang berani memperjuangkan kebenaran di Malaysia ini!
PS.my blog list terdelete masa nak update bloglist tu , sekarang sibuk sikit dapat 2 cucu dlm setahun! Sebab tu blog I banyak keluar gambar yang agak seiras sbb diambik melalui tingkap dan pintu jer!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...