Monday, February 29, 2016

Pertanyaan Yang Tiada Jawapan



Kalaulah pemimpin besar kita turun padang sudah tentu mereka sedar rakyat sedang keluh kesah. Malangnya segala cerita rakyat tak sampai terus ke telinga pemimpin. Yang tukang bawak cerita tu pemimpin- pemimpin kecik yang pandai mengolah cerita supaya pemimpin-pemimpin besar sedap mendengar, kembang hidung bila kena puji..

Jangan risau boss akar umbi tak berbelah bagi sokong boss. Saya boleh jamin!

Yang pahlawan kecik tu tak beritau ialah keluhan akar umbi kerana kos sara hidup terus menerus meningkat . Ada pun pahlawan kecik tu peduli apa dia - asalkan habuan dia cukup yang lain dong care meh!

Ada yang sakit hati bila pemimpin besar mewar-warkan kutipan luar jangkaan hasil perlaksanaan gst - sebanyak 51 bil ( ? ). Oii! Janganlah bangga sangat! Tu bukan untung perniagaan - itu ialah kutipan cukai dari pengguna aka rakyat!

Pendek kata PM , menteri- menteri cabinet , KPN ( tempat rakyat bergantung harap ), Peguam Negara dan lain-lain yang berkaitan datang dan pergi tapi pada hakikatnya......

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan hutang....ooops !
Meninggalka nama sama ada baik atau buruk anak cucu dan keturunan merekalah yang mendapat penghormatan atau celaan !





Wednesday, February 17, 2016

Dalam Kerugian








Orang hanya mengira rugi duit atau rugi harta benda tapi  lupa pada rugi masa. Rugi duit atau harta benda kadang-kadang dapat gantinya tapi rugi masa ia tetap rugi selamanya!

Ada yang mensia-siakan masanya dengan tak buat apa-apa - dok sajo makan tido, makan tido!
Kemudian minta doa dengan bersungguh-sungguh biar paaaaaannnnnnjaaaaaang umur.....sebab belum puas dok makan tido, makan tido tuh!

Yang sangat kelakarnya ada orang marah kalau sebut fasal mati .....
Hisyy...jangan cakap fasal mati macam mintak doa suruh mati - nanti masin mulut..
Ada pulak bila lalu dekat van jenazah cepat- cepat lari jauh-jauh..

Alohlah cek weh oii...tak semudah itu nak mati! Setakat kata aku nok mati doh tiap-tiap hari  tak akan mati lagi. Dok tahu ko mati tu dah ditetapkan dan kita pun tak tau bila mati akan menjemput kita!


Tuesday, February 16, 2016

Favorite Corner



Daun kaduk sama macam daun sirih.
Mudah tumbuh dan menjalar ikut suka hati....



Sunday, February 14, 2016

About Tok Wan Ku Mi



Part 1


My earliest ever recollection of myself was when my mother carried me from the middle of the house to the kitchen. She was crying softly to herself and wiping her tears with her baju Kedah sleeve. I just stared at her.

There were people visiting. Must be her friends. It was about me. I was sick. I was a sickly little boy. She cried because she thought I would not survive my ailment. Visiting friends more or less confirm it.

Life was hard then. In the late 1940's I was about 4 years old in rural Kedah.Our health and medical services were not what it is now. Now, to me we have one of the best public health and medical services in the world! Where do a large majority of population get  medical treatment and medicines. And the medicines given to patients are really good as compared to those given by some private medical practitioners.

During those times sickness could lead to eventual demise. Three of her children and a stepson had died earlier.Four have survived. And then there's me - 50:50  probability either way.

Of those who died one was at early infancy, the others were 1 year old, 2 year old and 10 years  died of fever ( maybe some kind of viral attack ). I don't envy her phobia of death ( of her children ). And the circumstances. When I was brought to the world I was the tiniest baby ever!





Wednesday, February 10, 2016

Bo Patut Maaa….





Doh lagu mano lo nih?
Kita sokong Parti ke kita sokong Presiden parti?
Ada yang kata sokong presiden parti mugo dio dok wat saloh gapo
Doh oghe  gi masuk pitih dalam akaun dio, buke saloh dio!!
Pah tu saloh hok tukae bubuh pitih tu ko???
Iyoo lah! Sabit tu lah dio bui balik pitih tu kat si penderma!
Tapi ada jugak sikit yang dia dah ambik
Tapi dia bukan belanja untuk diri dia!!!
Iyeee keee???
Patutlah la ni rakyat senang hati, harga barang dah turun, tambang bas dah turun, tambang lrt pun dah turun!?!?!
Betul ke?
Alhamdulillah rakyat rasa lega, kalau presiden parti senang rakyat pun tumpang senang..kalau negara makmur dah tentu melimpah pada rakyat juga.....dan bukanlah hanya untuk sekumpulan orang yang boleh enjoy dengan geng2 dier sewa 2 buah jet from New York to Australia and back to celebrate the same new year!  Lagu tu bo patut maaaa!
Rumah murah banyak dibina terutama untuk golongan muda ...
dan mampu beli!
Rumah 3bilik 2bilik air luas lebih kurang 1300' persegi - harga murah mampu bayar!
Kat mana tu???
Errrr! Google lah sendiri!
Kalau jumpa cari ghoyaklah kat ambo....








Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...