Monday, February 29, 2016

Pertanyaan Yang Tiada Jawapan



Kalaulah pemimpin besar kita turun padang sudah tentu mereka sedar rakyat sedang keluh kesah. Malangnya segala cerita rakyat tak sampai terus ke telinga pemimpin. Yang tukang bawak cerita tu pemimpin- pemimpin kecik yang pandai mengolah cerita supaya pemimpin-pemimpin besar sedap mendengar, kembang hidung bila kena puji..

Jangan risau boss akar umbi tak berbelah bagi sokong boss. Saya boleh jamin!

Yang pahlawan kecik tu tak beritau ialah keluhan akar umbi kerana kos sara hidup terus menerus meningkat . Ada pun pahlawan kecik tu peduli apa dia - asalkan habuan dia cukup yang lain dong care meh!

Ada yang sakit hati bila pemimpin besar mewar-warkan kutipan luar jangkaan hasil perlaksanaan gst - sebanyak 51 bil ( ? ). Oii! Janganlah bangga sangat! Tu bukan untung perniagaan - itu ialah kutipan cukai dari pengguna aka rakyat!

Pendek kata PM , menteri- menteri cabinet , KPN ( tempat rakyat bergantung harap ), Peguam Negara dan lain-lain yang berkaitan datang dan pergi tapi pada hakikatnya......

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan hutang....ooops !
Meninggalka nama sama ada baik atau buruk anak cucu dan keturunan merekalah yang mendapat penghormatan atau celaan !





No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...