Mak aiii hijaunya makngah!
Kadang-kadang bila tengok warna cat pada sample bukan main comel lagi tapi bila dah disapukan pada dinding baru terkejut tuan rumah!Thursday, March 31, 2016
Tuesday, March 29, 2016
Harapkan Pagar....
......pagar makan padi!
Bukannya apa ...dokleh terima hok yang 2.6b masuk akaun sendiri...
Buat senyap je macam tikus jatuh ke beras, sorang pun dok tahu melainkan anak bini dia. Pendek kata kalu dia mati 7 ( 17? ) keturunan anak cucu dia makan tak habis....sebab akan jadi duit pesaka.
Mujur jugak citer ni tubik dalam suratkobar - baru pecah tembelang...
Lepas tu satu-satu ' bala' yang mendatang, gst, harga barang naik, duit turun nilai . Ada pulak pelan rasionalisasi@ pelan bayar hutang yang berbiliyon. Sapa yang berhutang dan bayar hutang pakai duit sapa?
Bukannya apa.......dokleh nok terima spesis pagar makan padi!
Jadi...adakah tuan-tuan, puan-puan, adik, kakok dah tandatangan Deklarasi Rakyat? Kalau belum fikir-fikir lah....
Saya dah!
Pendek kata kalau pintu yang rosak janganlah pulak dirobohkan rumah. Buang pintu tu, ganti pintu baru yang boleh menjaga keselamatan isi rumah!!
Sunday, March 27, 2016
Balik Kampung
Pokok besar ni menjadi tumpuan pada waktu petang.
Bangku kayu yang diletakkan di bawah pokok ini menjadi tempat bersembang dan tempat mengambil angin kerana letaknya di kawasan muara sungai.
Err... agak sikit menyeramkan....terutamanya di waktu senja....
Thursday, March 24, 2016
Balik Kampung
Berani ke nak singgah kat pondok ni?
Kena bagi lawa sikit wakaf ni, bagi cat baru, ganti atap yang dah sumbing dan cat atap yang dah kepam tu ( lebih murah dari ganti atap ).
Barulah tak nampak macam nenek kebayan!
Monday, March 21, 2016
Balik Kampung
Di tahun 1960an dulu ramai Tok Sheikh yang datang ke Malaysia menjual AlQuran dan kitab, tidak kurang juga yang menjual batu permata di kampung saya.
Setelah berpuluh-puluh tahun menghilang kini timbul balik penjual batu permata.
Hmmmm...kena pandai pilih mana tahu tok sheikh tu bawak datang batu berharga di antara batu permata biasa....
Kadang-kadang terfkir jugak...siapakah tok sheikh tu, datang dan pergi bersilih ganti. Tinggal bersendirian tiada anak isteri dan setelah beberapa lama mereka akan menghilangkan diri...
Saturday, March 19, 2016
Biskut Timbang Kilo
Kini telah diperkenalkan semula beli biskut secara timbang. Kita boleh beri nama baru ie biskut kilo.
Beli biskut timbang kilo ni lebih murah dari yang dah siap packing . Kadang- kadang biskut dalam tin dan yang telah dipack harga jauh beza.
Lebih untung beli timbang kilo.
Kalau anak cucu ramai terus beli satu tin besar....
Wednesday, March 16, 2016
Balik Kampung
Kepah!
dah boleh ambik makan!
Masa kecik dulu takde menu istimewa. Selalu jugak main masak- masak dengan kawan -kawan
Ubi kayu....bakar
Keledek......bakar
Biji gajus....bakar
Lokan..........bakar!
Tuesday, March 15, 2016
Bila Buat Salah...
Dah lama nak luang masa nak jumpa kawan-kawan sekelas. Masa sekolah dulu ada jugaklah kita ni ganah sikit....jadi rasanya nak kena jugak mintak maaf walau pun dah 45 tahun tak jumpa
Adui...kaki aku rasa berat macam tak boleh dah tak boleh nak melangkah lagi..uih...penatnya..
Sabar sikit Long tak jauh lagi dah!
Tadi engkau kata dekat je....
Tu hah dah nampak bumbung rumah dia!
Jauh tu! Masa kecik dulu aku rasa rumah Melah ni takdelah jauh macam ni !
Long....dulu masa kecik kita kuat lagi , ni....dah lebih setengah abad!
Peluh pun mengalir sampai ke keting!
Rupanya besar cabaran kalau kita nak mintak maaf ..
Bila bukak cerita zaman sekolah dulu...
Melah tergelak besar..
Aaahh, hal masa kecik pun nak ambik kira - aku pun dah tak ingat! Tah apa-apa engkau ni ( a.k.a macam buang tebiat pulak )
Semuanya berakhir dengan kegembiraan bila jumpa kawan lama!
Saturday, March 12, 2016
Balik Kampung
Kalau belakang rumah adabanyak tanah boleh beli anak kelapa ni
Kalau tak beli je santan kat kedai lagi mudah - santan segera!
Thursday, March 10, 2016
Ada Fahem Ka ?
Rata-rata seluruh Malaysia dok cerita fasal
Deklarasi Rakyat.
Ramai yang menyokong tapi ramai juga yang sokong dalam hati je tak berani nak sokong secara petisyen.
Tengah dok makan nasi kenduri pun dok berpro dan con, kondem mengondem dan tibai menibai sampai tersedak air sirap. Katanya Tun M bersekongkol dengan apek LKS , ada pulak yang kata tu gencatan senjata jer! Pokoknya ialah untuk mendesak PM berundur ( bukan nak jatuhkan kerajaan! )
Kalau betul- betul PM berada dipihak yang benar berilah laluan kepada pihak yang berwajib menjalankan siasatan without fear or favour!!
Sekarang ni rahsia dah terbuka semua orang dah tahu. Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan sapu tangan sehelai.....
Tuesday, March 8, 2016
Gerhana Matahari!
Pada hari 9hb Mac 2016 berlaku gerhana matahari separa ie kita di Malaysia hanya dapat melihat separuh sahaja gerhana itu berbanding dengan negara jiran kita di Indonesia ada beberapa tempat mereka dapat melihat gerhana penuh seperti di Bangkahulu dan beberapa tempat lain.
Masjid Sultan Ahmad Shah Kuala Rompin mewar-warkan gerhana matahari yang akan berlaku pada 9hb Mac 2016 pada skrin makluman di dalam masjid.
Diumumkan juga Solat Sunat Gerhana yang akan dimulakan pada mula masyk waktu Dhuha ia itu pukul 8.00 pagi bagi kawasan Kuala Rompin.
Ditunjukkan peta Semenanjung Mslaysia dan daerah- daerah yang akan dapat melihat gerhana matahari pada hari itu
Solat sunat gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkadah. Gerhana matahari atau gerhana bulan mengingatkan kita kebesaran Allah - bahawa matahari dan bulan beredar di atas paksi masing-masing mengikut yang ditetapkan.
Solat gerhana matahari imam bersolat secara perlahan dan makmum baca surah sendiri.
Solat sunat gerhana bulan imam bersolat secara kuat dan makmum mendengar bacaan imam.
Solat dua rakaat:
4 AlFatihah
4 Surah
4 Rukuk
4 Sujud
Selesai solat diikuti pula dengan khutbah..
Balik Kampung
Makan breakfast semua beli, sebab beli lebih murah dari masak sendiri
Sebenarnya banyak lagi yang takde dalam gambar - laksam, nasi kerabu, nasi berlauk dan lain- lain. Pendek kata breakfast and lunch sekali jalan......
Makan 7 orang tapi beli macam 12 orang nak makan!
Sunday, March 6, 2016
Coffee Table Book - Part 9
Sunday Market
Fresh vegetables direct from the farm. Sunday market sells good quality products and it is cheaper than the regular market.
And fresh fruits in abundance , you can pick your choice . You can even haggle.
There are always food stalls selling all kinds of food. On the Sunday Market day people can buy ready-made lunch.
On the wet side - clams which is quite rare
....fresh prawns
...fresh water fish .......and this special cuttlefish most sought after.
Saturday, March 5, 2016
Thursday, March 3, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...