Tuesday, March 8, 2016

Gerhana Matahari!



Pada hari 9hb Mac 2016 berlaku gerhana matahari separa ie kita di Malaysia hanya dapat melihat separuh sahaja gerhana itu berbanding dengan negara jiran kita di Indonesia ada beberapa tempat mereka dapat melihat gerhana penuh seperti di Bangkahulu dan beberapa tempat lain.

Masjid Sultan Ahmad Shah Kuala Rompin mewar-warkan gerhana matahari yang akan berlaku pada 9hb Mac 2016 pada skrin makluman di dalam masjid.

Ditunjukkan juga jenis gerhana iaitu Gerhana Matahari Separa yang dijangkakan akan berlaku pada pukul 7.25 pagi Rabu dan akan berakhir pada pukul 9.25 pagi.

Diumumkan juga Solat Sunat Gerhana yang akan dimulakan pada mula masyk waktu Dhuha ia itu pukul 8.00 pagi bagi kawasan Kuala Rompin.

Ditunjukkan peta Semenanjung Mslaysia dan daerah- daerah yang akan dapat melihat gerhana matahari pada hari itu



Solat sunat gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkadah. Gerhana matahari atau gerhana bulan mengingatkan kita kebesaran Allah - bahawa matahari dan bulan beredar di atas paksi masing-masing mengikut yang ditetapkan.

Solat gerhana matahari imam bersolat secara perlahan dan makmum baca surah sendiri.
Solat sunat gerhana bulan imam bersolat secara kuat dan makmum mendengar bacaan imam.

Solat dua rakaat:
4 AlFatihah
4 Surah
4 Rukuk
4 Sujud
Selesai solat diikuti pula dengan khutbah..


No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...