Friday, April 15, 2016
Sombong!
Semasa kami masuk ke kawasan transit di Jeddah Airport tiba-tiba kami dipanggil ..
Yallah,yallah...hena,hena...
Bila kami menghampirinya.....dia tanya..
Maid?
No , we are on transit.
Dia pun menunjukkan kami ke arah kaunter transit which is where we were heading earlier.
Setelah mendapat boarding pass ke destinasi seterusnya kami pun terus ke bilik menunggu.
Saya sakit hati sangat kat nate tok Arab tu sebab bila nampak orang Melayu, Indonesia atau Filipino ( yang lebih kurang sama kulit dan rupa ) mereka ingat kami ni masuk ke Jedah sebagai pembantu rumah. Memang deme tu mate bute -kalu nak jadi maid tu kenalah orang yang berumur 40 ke bawah...
Bukanlah nak kata , airport tu buruk je yang gahnya ialah kawasan tax free yang menjual barang-barang kemas dan lain-lain barang yang berjenama.
Boarding time, punyalah kecoh macam pasar malam riuh rendah dengan announcement dan flight delays dengan penumpang-penumpang yang penuh sesak ke destinasi terutamanya ke Amerika Utara dan Selatan dan lain-lain negara Eropah terutama England.
Calling for first class and biz kelas untuk internal flights bertalu-talu sebab dia sangat penting bagi orang-orang Arab yang terbang kelas pertama dan kelas bisnes tu...
Dengan kekecohan yang teramat sangat tu saya pun terfikir - kalu dah kepoh macam nak rak panggil je orang Malaysia pegi buat keje kat airport tu mungkin ia lebih teratur dan tak kelam kelibut....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment