Sunday, September 4, 2016
Saat Yang Sungguh Mencemaskan...
Apabila Kak H yang berjalan bersama saya tiba-tiba termengah-mengah semasa menaiki tangga...
saya pun suruh dia duduk berihat. Oleh kerana dewan tempat kenduri agak jauh, saya suruh Kak H berhenti rihat beberapa kali..
Akak ni rasa susah bernafas sejak malam tadi, tak tau kenapa...
Saya pun terkejut bukan main bila dengar pengakuan Kak H. Saya begitu cemas dan takut sesuatu yang buruk menimpanya. Kak H telah di diagnos oleh doktor keempat-empat salur jantungnya tersumbat dan memerlukan pembedahan.
Akak dah tua tak payahlah nak bedah, penyakit pun macam-macam , biarlah makan ubat je dah cukup...
Saya cukup risau dan sedikit menggelabah maklumlah anak-anaknya tinggal berjauhan dan dia keseorangan di rumah.Kalau apa-apa jadi padanya pada hari tu, anak- anak dia tentu akan marah pada saya sebab pandai- pandai bawak mak dorang pegi kenduri!
Tapi Alhamdulillah , setelah beliau meletakkan pil di bawah lidahnya , keadaan Kak H lega sikit.
Saya dapat tahu ramai je orang yang sakit jantung yang boleh survive tanpa pembedahan. Ia berlaku kepada 2 orang yang saya kenali - doktor buat pengesahan ke atas mereka walaupun salur jantung tersumbat tapi ada salur darah lain yang pergi membantu menghantar darah ke jantung. Ada salur darah dari kaki dan ada juga salur- salur darah yang kecil-kecil yang membantu menghantar darah.
Tapi selama mana mereka boleh bertahan, Allah jualah yang menentukannya...
As for Kak H - I taubat nasuha tak akan menumpangkan dia ke mana-mana kenduri. Biarlah anak- anak dia yang menemani ibu mereka yang telah uzur tu! Atau dengan kata lain - jagalah mak hangpa betui- betui...jangan dok biaq dia dok sorang-sorang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment