Thursday, March 2, 2017
Tambang Murah Jadi Pilhan
Sangat loyal dengan Syarikat Penerbangan Malaysia tapi naik Air Asia jugak sebab bagi tambang murah.
Bila MAS offer tambang murah pakat seronok habis - dapat makan free dalam penerbangan ( jangan cakap banyak sedap ke tak sedap ). Ruang kaki mesti luas ( semua suka naik MAS sebab ruang kaki luas! )
Rupanya itu dulu punya cerita. Nak kata apa bayar tiket murah pergi KK , terpaksalah kejang kaki selama 2 jam lebih ( nasib baik jugak 2jam lebih, kalau 7 atau 13 jam - tak tau lah macam mana dok tersepit antara kerusi depan dan kerusi belakang yang begitu rapat )
Selama naik kapal terbang tak pernah dapat tempat duduk di sebelah dinding macam ni! Sepatutnya setiap barisan kerusi tempat duduk mesti ada tingkap di tepi. Macam tak percaya!
Bila dapat dinding - terasa macam duduk dalam gua sempit! Naik claustrophobic dibuatnya! Rasa sedih pun ada, rasa macam kena tempelak....nak murah sangat..jangae kecek banyok!
Tambang murah dah tapi tempat duduk pulak buat penumpang tersiksa!
Nampak sikit bahu saya yang menyandar di kerusi dengan kerusi penumpang di depan - begitu dekat! ( Kalau nak untung lebih pun jangan lah.....diabaikan aspek kemanusiaan )
Bagi orang yang agak tinggi, kepala lutut hampir mencecah kerusi orang depan!
Kalau orang yang tinggi lebih dari 5'10" akan tersiksa - tak tau kat mana nak hulur kaki...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Jauh perjalanan banyak pengalaman. Tak pe sis, semuanya tunjuk daya ketahanan kita. Alhamdulillah Allah masih beri ruang dan peluang untuk menyaksikan kebesarannya. I ingin juga adventure macam yang sis lalui. Belum ada peluang.
Assalam Sis,thanks for dropping by
Sekali sekala pegi KK ziarah cucu.
Banyak tempat boleh tengok di KK.
That Poring Canopy Walkway was very challenging.
Post a Comment