Saturday, July 22, 2017

Dalam Dilemma



H terlantar di hospital lebih dari 2 bulan. Paha dia patah dua sebab kereta yang dipandunya terbabas melanggar pokok. Saya sedih melihat keadaannya. H adalah seorang balu yang kematian suami lima tahun yang lalu.

Dia menceritakan pada saya kemalangan berlaku kerana dia terlelap semasa memandu. Dia kurang tidur malam sebab buat kuih untuk menambah pendapatan sedangkan siang hari H bekerja sebagai pembantu tukang masak.

Baru- baru ni apabila saya tanya dia kenapa tak kawin lagi sedangkan sudah ada yang behasrat untuk menikahinya. Dia kata anak-anak tak bagi, kalau dia kawin anak-anak akan ' membuang ibu '. Pada
hal H sangat memerlukan seorang suami supaya dapat membantunya.

Masa saya kecik dulu, dok heran jugak bila ada lelaki bila mati isteri kecoh habis satu kampung -
maklongmakngahmakcikkakJoyah nak tolong carikan pengganti. Depa kata sapa nak tolong basuh kain baju, masak makan dan kalau dia sakit macamana? Sapa nak jaga dia siang malam....

Orang lelaki.....ramai je yang nak menolong..
Orang perempuan pulak lebih cekal!




Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...