Saturday, December 16, 2017
Drama Tahun 1960
.....very intriguing...
Masa kecik- kecik dulu banyak jugak tengok perkara yang berlaku dalam masyarakat kampung , tapi masa tu belum faham apa-apa...
Bila Kak Ton naik pelamin pakai gaun putih yang sungguh menawan kami yang nangoi-nangoi dok melenggak di barisan depan. Tengah elok- elok bersanding tiba-tiba Kak Ton terlentok lepas tu menjerit sekuat- kuat hati. Akhirnya Kak Ton di usung masuk ke dalam bilik.
Bila dah tua-tua begini barulah faham cerita disebalik histeria tuh! Rupa-rupanya Kak Ton dah ada jejaka pilihan ( tapi takut nak ghoyak - zaman dulu anak-anak gadis dilarang berboy friend) Sang jejakapulak takdok pitih nok masuk meminang. Bila ada jejaka lain masuk meminang mak ayah Kak Ton terus terima.
Setelah berkahwin beberapa tahun Kak Ton bercerai dengan suaminya dan berkahwin pulak dengan Abang Ji. Baru pecah cerita rupanya selama ni Kak Ton dok bergewe dengan Abang Ji. Perkahwinan kedua itu kekal sehingga ke anak cucu.
Apabila Kak Ton meninggal dunia Abang Ji terus hidup membujang. Baru- baru ni ada ura-ura Abang Ji nak kawin lain tapi anak- anak pulak tak setuju! Anak- anak ni pun satu! Pernah satu masa dapur Abang Ji naik asap hitam sebab jerang air sampai hangus cerek......kena panggil Bomba padamkan api!
Bagilah bapak kawin, ada jugak orang tolong dia jerang air kat dapur...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment