Sunday, January 21, 2018

Bila Hujan


....pokok segar, longkang bersih...


Air hujang mengalir menyejukkan pandangan..

Thursday, January 18, 2018

Jangan Menangis.....


....di depan Kaabah....

Ramai orang ingat dengan mengerjakan Umrah semua doa akan dimakbul.
Kalau 'sendiri sudah ingat' ada buat salah -  kalau berdosa dengan Allah kita boleh mohon ampun di mana saja kita berada- Allah Maha Mendengar! Kalau Umrah djadikan ukuran pengampunan Allah, orang yang tak mampu nampaknya takde peluang memohon ampun!

Kalau bersalah sesama manusia kena minta maaf dengan manusia. Jika makan harta orang lain atau harta orang ramai aka harta rakyat dengan cara yang salah jangan menangis di depan Kaabah - bayar balik sebanyak mana yang dah terrrsiphoned off atau terrguna atau terrmakan pitih yang bukan hak kite tuh!

Mohon ampun saja tidaklah mencukupi syaratnya!



Thursday, January 11, 2018

Sunset!


Bukan! Bukan London, Paris atau New York , tidak jugak Ho Chi Minh City, Bangkok...atau Jakarta...


Tapi ialah DENGKIL!
Cantik kan? Kapal terbang dari KLIA tengah melalui langit Dengkil..menuju destinasi dalam atau luar negara..




Tuesday, January 9, 2018

Hanya Masa Yang Menentukannya....



Nina bercerita tentang ibunya yang keseorangan tinggal di rumah gadang , setelah dia dan adik beradiknya yang lain berpindah ke rumah sendiri.

Apabila Nina dah bersuami dan ada anak dan ibunya pula semakin tua, dia terasa kesal atas perbuatannya dan adik beradiknya terhadap ibunya. Ibunya yang sungguh kesunyian itu sentiasa datang menjenguk cucu.Anak menantu keluar pergi kerja awal pagi balik awal malam.

Setelah bapa mereka tiada ibunya pernah berkahwin lain tetapi mereka tidak dapat menerima kehadiran bapa tiri. Walaupun bapa tiri cuba sedaya upaya menjadi bapa/penjaga pada mereka, tapi tidak disambut dengan baik.

Akhirnya ibunya mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami barunya. Dia tidak mahu merosakkan hati anak- anaknya.

Sekarang baru mereka faham kenapa ibunya berkahwin lain rupa-rupanya seseorang itu akan kesunyian bila keseorangan. Mereka perlukan teman  dihari tua....

Banyak je orang kata.....pegilah duduk dengan anak, boleh jaga cucu! Lagi pulak awak dah tua buat apa dok sibuk nak kahwin lagi? Anak boleh save antara 800-1000 sebulan sebab tak payah hire orang gaji......

Insuran mulut penasihat tu agaknya dah expired!!! Kena pegi renew.......takut nanti kena saman takdok pitih nak bayar!





Sunday, January 7, 2018

Really Love This Scenery....


Ambik gambar ni masa tengok  channel 414 Hypp Tv


Suka tengok rumah kampung Jepun! Tapi yang ni adalah sebuah lukisan..

Banyak dokumentari mengenai nature dan culture orang- orang Jepun yang sangat menarik yang disiarkan. Walau pun negara Jepun telah maju tapi ia tetap memelihara alam semula jadi dan tradisi mereka.




Tuesday, January 2, 2018

Gulai Sembilang


Sekali sekala balik Yan, ada je kedai makan baru yang menjadi bualan. Terkini ialah kedai makan......

Dah heboh sangat gulai semilang ni, kami pun nak try jugak.Walau pun kami sampai pukul 2 petang pelanggan masih ramai dan tak putus- putus...Banyak pilihan lauk pauk yang disediakan.

Gulai ikan sembilang dihidang panas berasap dalam periuk tanah,  rice steaming, sayur panas , ikan termenung  goreng sumbat ( telah disediakan lebih awal ). Semua bahan - ikan, sayur, sotong sangat segar!

Selain itu sotong goreng salut tepung dihidang penuh dalam pinggan besar- makan sotong dulu baru makan nasi dengan gulai ikan sembilang bersama sayur , ulam dan sambal belacan. Cuma saiz hidangan sayur tu agak kecik - ngam ngam sui..sayur dah habis nasi belum habis.


Pemandangan indah, manicured trees around, sink bersih, tapi seperti biasalah orang kita, dah basuh tangan kat sink pegi tinggal tisu kat situ!
Semoga tokey kedai refil botol sabun basuh tangan tu, maklumlah lepas makan kuah gulai/ kari ada pulak sambal belacan.....tangan kita mestilah berbau yang amat sangat...kena ada bantuan dari sabun untuk mengurangkan bau tu....

Kalau nak bagi orang kampung tumpang rezeki, bagilah satu corner jual bubur kacang atau lain- lain yang sesuai sebagai pemanis mulut..







Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...