Tuesday, January 2, 2018

Gulai Sembilang


Sekali sekala balik Yan, ada je kedai makan baru yang menjadi bualan. Terkini ialah kedai makan......

Dah heboh sangat gulai semilang ni, kami pun nak try jugak.Walau pun kami sampai pukul 2 petang pelanggan masih ramai dan tak putus- putus...Banyak pilihan lauk pauk yang disediakan.

Gulai ikan sembilang dihidang panas berasap dalam periuk tanah,  rice steaming, sayur panas , ikan termenung  goreng sumbat ( telah disediakan lebih awal ). Semua bahan - ikan, sayur, sotong sangat segar!

Selain itu sotong goreng salut tepung dihidang penuh dalam pinggan besar- makan sotong dulu baru makan nasi dengan gulai ikan sembilang bersama sayur , ulam dan sambal belacan. Cuma saiz hidangan sayur tu agak kecik - ngam ngam sui..sayur dah habis nasi belum habis.


Pemandangan indah, manicured trees around, sink bersih, tapi seperti biasalah orang kita, dah basuh tangan kat sink pegi tinggal tisu kat situ!
Semoga tokey kedai refil botol sabun basuh tangan tu, maklumlah lepas makan kuah gulai/ kari ada pulak sambal belacan.....tangan kita mestilah berbau yang amat sangat...kena ada bantuan dari sabun untuk mengurangkan bau tu....

Kalau nak bagi orang kampung tumpang rezeki, bagilah satu corner jual bubur kacang atau lain- lain yang sesuai sebagai pemanis mulut..







No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...