Wednesday, March 28, 2018
Kenangan Lama...
Orang-orang yang disayangi..
Ngah Kecik , Su Semah dan Che Liah yang saya mula- mula- kenal semasa saya belum bersekolah lagi. Mereka itu semua jiran dan emak begitu rapat dengan mereka . Su Semah pandai jahit baju, Che Liah pandai masak. Paling saya ingat ialah roti manis yang Che Liah buat untuk sarapan pagi - pada masa tu roti nilah yang paling sedap bagi saya.
Ngah Kecik pula tinggal berjauhan sikit . Beliau seorang yang penyayang yang kami adik beradik kenang sampai hari ini walaupun telah hampir 40 tahun beliau meninggal dunia. Beliau seorang yang baik dan menunjukkan sayangnya pada kami walau pun tiada pertalian darah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang orang yang beriman. Aamin!
Bila kami berpindah rumah pada tahun 1960an hubungan kami terputus dengan Su Semah dan Che Liah. Pernah suatu hari kami dua beradik pegi melihat kawasan rumah lama tempat kami tinggal, rumah Su Semah dan Che Liah duduk telah kosong tiada penghuni. Emak pernah beritau Pak Cik telah meninggal dunia. Masa itu kami belum faham tentang keadaan sebenar. Siapakah Pakcik tuan rumah dan ada seorang wanita yang agak tua bersama dengan cucu perempuannya tinggal di bilik belakang. Kami juga tak tahu kemana Su Semah dan Che Liah pergi...
Rasa menyesal jugak masa mak masih ada tak pernah bertanya fasal mereka....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment