Friday, April 20, 2018

Ada Hikmah Di Sebaliknya


Setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Ramai yang tak tahu dan ramai yang kurang pecaya - maklumlah hikmah tu kita tak nampak dan ia tidak datang dengan segera. Kadang- kadang kita hanya nampak menerusi mata hati....

Kak Jarah masa anak dara dulu hampir separuh gila bila tak dapat kawin dengan Abang Seman. Puas jugaklah mak ayah dia bawak pergi berubat ke sana ke mari tak sembuh-sembuh jugak penyakitnya. Sedangkan Abang Seman dok melenggak bawak  bini naik scooter ke sana ke mari....

Bila dah kahwin dengan orang lain dan dah beranak pinak baru Kak Jarah nampak hikmah di sebaliknya. Rupanya Abang Seman ada perangai , bila isteri dalam pantang je dia pegi nikoh lain. Sekarang ni dia dah cukup quota - dah ada empat orang isteri dan dok buat kawin cerai kawin cerai supaya tak terlebih quota.

Lebih dari sepuluh tahun dulu saya dan suami naik kereta, suami saya bawak kereta slooowww sangat dan saya pun buat bising - kenapa slow sangat nih? Sampai kereta belakang overtake - setelah beberapa meter kereta itu berada di hadapan kami tiba-tiba dahan pokok jatuh menimpa cermin kereta dia hingga pecah.
Saya punyalah beristighfar ( sebab dok tak sabar sangat tadi....)

Sebenarnya banyak hikmah lain yang berlaku tapi kita tak sedar....
Contoh yang saya beri di atas tu hanya picisan saje!







No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...