Wednesday, May 2, 2018
Keliru Dan Sungguh Mengelirukan....
...menunggu PRU14...Rabu 9hb Mei 2018....
Ramai yang berharap akan berlaku perubahan dan tidak kurang pulak yang takut berlakunya perubahan dalam pentadbiran negara....
Ramai yang tak inginkan perubahan sebab takut perubahan akan menyebabkan keadaan jadi tidak menentu - takut Cina DAP control Malaysia - tapi tak takut pulak Cina MCA control Malaysia, ( padahal Cina tu jugak pegi mari pegi mari yang dok mengundinya ) takut tak dapat pencen, takut tak dapat BRIM, takut...takut...dan takut dalam semua aspek hidup.
Rupanya mereka telah ditakut- takutkan!
( Orang penakut jadi habuan orang berani...)
Warih warah kat kampung berbelah bagi, mulut berbuih dok mengutuk tok wakil dan pemimpin- pemimpin yang katanya mengkayakan diri dan semua ahli keluarganya - orang lain yang ramai- ramai tak merasa...tapi mari mengundi dok gi pakoh puok demo tu jugak!
Dok leh ghoyak gapo doh!
Demo kato kalu orang lain naik pun akan jadi supo tu jugok ( i.e mentekedarah duit rasuah belako! ) Fuh! This is when the fake news law comes in!
Kena ambik iktibar dari orang tua- tua dulu, apabila anak-anak bawak balik ke rumah sesuatu seperti duit atau makanan, mak bapak tanya dari mana dapat benda- benda tuh! ( dulu zaman susah, duit kurang makanan pun tak seberapa ).
Kalau mereka tak yakin dengan jawapan anak, mereka tak ambik duit dan tak akan makan makanan tu.
Kalu laki bawak balik pitih seguni...atau tiba- tiba pling! Pitih masuk dalam akaun dia -
jangan pulak anak bini bertepuk tangan kesukaan!
Mudah- mudahan anak cucu yang balik ngundi ramai- ramai tu dapat membuka mata warih warah kat kampung!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment