Wednesday, June 13, 2018

I'tiqaf Di Akhir Ramadhan


Menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan di masjid UIA sungguh menginsafkan saya yang selama ni merasa susah sangat nak beri'tikaf di masjid.

Ramai kakitangan dan pelajar UIA  ( mostly foreigner ) menghidupkan 10 malam akhir Ramadhan beri'tikaf dengan membawa anak isteri/ suami masing- masing. Mereka menghidupkan malam- malam terakhir dengan bacaan Al Quran, solat sunat, zikir-zikir lainnya dan doa sehingga subuh.

Jemaah wanita begitu selesa beribadat sambil berselang seli membelai anak- anak yang sedang nyenyak tidur tak bertilam. Tidak kurang juga pelajar-pelajar yang begitu gigih, terlelap sekejap kemudian bangkit semula meneruskan ibadat malam.

Tok guru kata i'tikaf itu selain dari beribadat, kalau hanya duduk - duduk dan tidur dalam masjid juga mendapat pahala. Dibenarkann juga makan minum seperti biasa. Janji mesti niat untuk beri'tikaf - tanpa niat tidaklah kita mendapat ganjaran pahala beri'tikaf itu adanya.

Rasa malu jugak pada mereka sebab kita ni dok keluh kesah baring tak kena menyandar kat dinding pun tak kena - dok asyik tengok jam......
Sambil menunggu Imam qiam seterusnya menutup malam dengan solat witir sebelum masuk waktu Subuh..

No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...