Saturday, January 5, 2019

Sabar Atas Segala Ujian


Baru balik dari menziarah ibu jiran saya yang berusia 94 yang telah meninggal pagi tadi.

Teringat arwah ibu sahabat saya yang meninggal dunia pada umur 90an. Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital,
setiap kali sanak saudara datang mengunjung dari jauh mereka dah dengar suara orang baca surah Yasin. Bila sampai ke katil rupa-rupanya ibu sahabat saya yang membaca surah Yasin - mereka ingatkan orang yang datang menziarah yang membacanya!

Ada juga orang tua yang dah uzur suka nak puasa sedangkan dirinya sangat lemah dan doktor melarang tak bagi puasa. Jadi setiap kali dia tanya anak cucu hari ni hari apa mereka kena jawab hari samada Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa atau Rabu. Isnin dan Kamis jangan sebut nanti dia akan puasa dan enggan makan sehari- harian! Kena bohong sunat...

Ada juga yang solat tak kira masa, bila teringat je terus pakai telekong dan solat.Ramai juga anak cucu yang dok buat balah - tak boleh solat lagi belum masuk waktu, ini waktu zohor bukan waktu maghrib!
Sebenarnya bagi orang dah nyanyok biarlah dia nak solat apa pun tak payah marah- marah akhirnya sendiri jadi stress...pastu mulalah membebel- bebel cerita kat orang mak dia ni begitu begini.....pet pot pet pot....
Buat dosa tak fasal..

Saya tabik anak cucu yang jaga ibubapa atau tok nenek yang dah tua dan sakit, kena banyak sabar dan kena ada kefahaman yang lebih terhadap keadaan diri pesakit...mereka tidak lagi berada dalam keadaan yang normal..

Macamana kalau seorang bapa yang tua dan uzur bila nak dibersih dan dimandikan dia akan kata...bagi hadis yang kata kena mandi hari-hari....
Alhamdulillah anak-anak faham dan mereka ketawa je dengan telatah orang tuanya..mereka tetap sabar dan memujuk...

Ujian besar bagi anak cucu ialah memelihara orang tua yang sangat memerlukan penjagaan...



No comments: