Tuesday, March 5, 2019

Alohlah...Menyombongnya Weh!


Kadang-kadang sakit hati, kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada....

Ada jugak kita bertemu dengan orang yang tidak dikenali dalam majlis kenduri hatta dalam masjid atau surau sekali pun...bila kita hulurkan tangan nak bersalam disambutnya dengan hujung jari je..Mentang-mentang tak kenal buat muka selamba badak, tak senyum, apa pun tak....

Ada jugak masanya dalam majlis, dia datang kat kita hulur tangan nak bersalam tapi mata dan mulut pot pet pot pet kat orang lain...

Tu lah weh, bila salam menjadi adat, bukan untuk bersilaturahim, ia jadi sambil lewa dan acuh tak acuh je...

Kalau macam tu baik lagi salam pilihanraya kecik atau besar- hulur tangan bersungguh-sungguh, pegang erat- erat.......sambil berbisik...jangan lupa nanti undi saya ya...






No comments:

Dulu Lain, Sekarang Lagi Lain

  Kita tak pernah menyangka kehidupan akan berubah dari semasa ke semasa - sebenarnya kita tak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita di ...