Sunday, February 9, 2020
Selamat Datang Ke Kelab ...
..60an +++...
Masa dulu - dulu dok gelak kat mak-mak menakan, bila nak berjalan jauh bawak ubat sebeban. Pendek kata ada handbag kedua bagi segala ubatan dan vitamin serta lain-lain. Minyak angin untuk lenguh-lenguh kaki dan sakit urat, koyok untuk tampal pada bahu bila stress, minyak cap kapak untuk pening...
Pendek kata semua penyakit ada ubatnya. Dalam beg tangan kedua tu macam mini farmasi..
Yours truly ni pun dah mula menambah food supplement...
Masa umur 50an doktor bagi vitamin B Complex, tak pernah nak makan..rasa macam tak perlu je...jadi tak payahlah makan vitamin tuh!
Bila dah masuk 60an ++ , tiba-tiba ditimpa sakit urat ( sciatica nerve pain ) mulalah menggelabah badak..Doktor tak bagi makan pain killer sebab ia tidak boleh menyembuhkan penyakit.
Jadi doktor beri Vitamin B Complex yang mengandungi B1, B6 dan B12.
Barulah sedar betapa perlunya pil oren yang hospital kerajaan bagi zaman berzaman tu besar faedahnya..
Bila sakit urat bertambah meruncing pegi buat fisio. Tak cukup fisio kat hospital ambik pulak fisioterapist persendirian berselang seli sebab sakit susah baik, berjalan pun senget sebelah.
Fisioterapist pertama cadangkan ambik Calcium Magnesium dan D Plus untuk memulihkan urat yang lemah.
Fisioterapist kedua cadangkan ambik pil Glucosamine sebab bila buat eksersais lutut berbunyi berletup letap...menunjukkan tulang rawan di lutut dah menipis...
Akhir kalam...beg tangan kita ni pun semakin berat sebab tambah 3 jenis ubat/food supplement yang baru mendatang.
Tu tak masuk lagi vitamin C larut dalam air, tak bagi kerap kena selsema....
Huarrrrgg....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
hi aunty kerabu jantung
Hi Nurul Husna...
Post a Comment