PKPP dah bermula, punyalah banyak kereta atas jalan ke arah pantai timur....macam empang pecah..
Yang kita ni pun sibuk jugak nak balik kampung. Ibubapa dah
takde , tapi dek kerana ada masalah nak diselesaikan kena balik jugak..
Nasib baik bertolak awal, jalan masih lengang, sampai ke Kuala Rompin awal 1 jam.
Pergi breakfast kat favourite roti canai corner ( ada kuah dal, kari daging, kari kambing, kari ayam dan kari kepala ikan ) ,
ada nasi dagang dibungkus dalam daun simpul dan segala mak nenek kuih muih pagi..
Disekeliling kedai dililit dengan tali merah, semua masuk pintu depan - kena ikut SOP baru boleh masuk kedai seorang demi seorang dengan jarak 1 meter yang telah ditanda atas lantai..
Makan semeja 2 orang - kalau datang rama- ramai kena pecah kumpulan, jarak 1 meter - bila sembang punyalah bising sebab bila duduk jarak jauh suara kena kuat. Riuh bukan main..
Klinik Komuniti Rompin berada di tengah bandar..
Subhanallah...segala usaha telah dibuat...disemua tempat awam...Semoga jangkitan
Covid-19 berjaya dikawal...aamiin....

Rasa takut jugak nak balik ni, maklumlah masalah Covid belum selesai - rasa semacam je ... maklumlah dah lama berkurung kat rumah....
...bila sampai di Lanjut Beach Resort disambut oleh petugas yang mengambil suhu badan dan meminta kita mencatat nama, nombor telefon dan alamat dalam buku. Kemudian kita kena cuci tangan dengan sanitizer yang disediakan..
Di ruang legar pula semua kerusi dan sofa bertanda X berselang seli.
Wah..lega rasanya...kita tak perlu was-was lagi tentang penjarakan sosial!
Di ruang legar pula semua kerusi dan sofa bertanda X berselang seli.
Wah..lega rasanya...kita tak perlu was-was lagi tentang penjarakan sosial!
Pergi breakfast kat favourite roti canai corner ( ada kuah dal, kari daging, kari kambing, kari ayam dan kari kepala ikan ) ,
ada nasi dagang dibungkus dalam daun simpul dan segala mak nenek kuih muih pagi..
Disekeliling kedai dililit dengan tali merah, semua masuk pintu depan - kena ikut SOP baru boleh masuk kedai seorang demi seorang dengan jarak 1 meter yang telah ditanda atas lantai..
Makan semeja 2 orang - kalau datang rama- ramai kena pecah kumpulan, jarak 1 meter - bila sembang punyalah bising sebab bila duduk jarak jauh suara kena kuat. Riuh bukan main..
Klinik Komuniti Rompin berada di tengah bandar..
Subhanallah...segala usaha telah dibuat...disemua tempat awam...Semoga jangkitan
Covid-19 berjaya dikawal...aamiin....
No comments:
Post a Comment