Tuesday, July 27, 2021

Liku-Liku Hidup.....



Pokok-pokok di laman rumah dulu subur dan menghijau tapi sekarang sudah tua semuanya..tidak sehijau ini..


Jangan takut m.a.t..i. 

Berpantang ajal sebelum mati aka kalau belum sampai ajal takkan mati punya ( demo kato ) walaupun dah landing bawah lori...

Sebenarnya kehidupan kita hari ni takkan sama dengan kehidupan masa kitu berumur 10 tahun dulu. Perubahan demi perubahan telah berlaku...

Sekolah rendah - sekolah menengah - kolej atau universiti atau dropout

 - dapat kerja atau menganggur atau sambung pelajaran

 - kahwin atau terus membujang

 - dapat anak atau tak dapat anak 

- dimadukan atau bercerai atau masih bersama susah senang

- kumpul harta atau hutang keliling pinggang

- bermenantu , bercucu cicit 

 - berappoinment dengan doktor kat hospital....

Fuh! Dah lama tu....macam - macam telah dilalui..

Perkara yang penting bagi kita biarlah hidup kita berakhir dalam kebaikan...hidup dengan baik, doa yang baik - baik, berbuat baik...dan semua yang baik - baik saja.

Percayalah..buat baik dibalas baik, kalau buat  jahat takut yang jahat itu berpatah balik kat diri sendiri...




Tuesday, July 20, 2021

Allah Jua Yang Membalas...

 



Betapa pentingnya derma atau sedekah bagi orang yang dalam kesempitan.

Emak pernah mengajar saya supaya bertimbng rasa pada pembantu....sekali sekala belilah kain batik bagi kat dia ( masa tu orang kampung sangat pentingkan kain batik ) . Kain batik murah pun takpe..boleh buat basahan harian.....

Kita ni pakai kain batik Jawa, bagi kat Jarah kain batik Siam..Bila batik Jawa naik harga dua-dua pakai kain batik Siam haha..

'Ala kulliy hal ia mengajar kita untuk menderma. Kadang- kadang kita tak tahu derma kita yang seciput tu boleh menyelesaikan masalah orang. Kita hulur rm10 misalnya -  kita tak tahu mungkin ia telah kehabisan beras, dapat juga dia membeli beras sekurang- kurangnya untuk sehari dua..Apatah lagi kalau kita bagi lebih..banyak benda yang dapat dia selesaikan..

Kalau bagi seringgit pun bolehlah ia menghilangkan dahaganya dengan membeli air mineral. Mungkin dah sehari suntuk dia tak makan,  dapat minum air bersih adalah nikmat baginya..tak dapat makan pun sabar je..

Mak sepupu saya menceritakan perihal seseorang yang kerap ditolongnya, pernah meluahkan perasaan hatinya dengan bersungguh- sungguh....

" Di Padang Mahsyar nanti saya nak mengadap Allah, saya nak bagitau Allah makciklah orang yang banyak menolong saya semasa di dunia "

Betapa terkesannya hati kami dengan perkataan itu hingga terkeluar air mata tanpa disedari....MasyaAllah...





Wednesday, July 7, 2021

Kalaulah..Tak Buat Berani.....

 

Kalaulah...jaga betul- betul pokok ni, tentulah tak pupus....

Seawal tahun 2020 kita dikejutkan dengan Virus Covid19..rakyat agak bercelaru pada awalnya.. adakah ia bahaya? atau tak bahaya?

Ramai yang gerun tapi ramai pula yang tak ambik kisah dan ada juga yang tak percaya virus ini boleh menyerang dan membunuh manusia tak kira siapa....'Engkau rapat engkau dapat '

Itu pun tak dapat nak mempengaruhi ramai orang tentang keganasan virus itu.

Apabila dikenakan PKP, ramai yang mengeluh, ramai yang tak puas hati, ramai juga yang mencuri- curi keluar, rentas kawasan...Bila datang cuti sekolah atau musim perayaan berebut balik kampung..

Lagi parah ada yang kena pakai gelang pink aka kena quarantin...boleh je keluar beli barang, pergi minum di gerai..

Setelah setahun berlalu..banyak kemusnahan yang berlaku - ramai yang dijangkiti, ramai yang mati, perniagaan kecil-kecilan ditutup, perniagaan besar-besar ada yang lingkup, ramai kena buang kerja, ada yang kelaparan, berlaku keganasan rumah tangga dan perceraian..anak- anak bersekolah online............dan pelbagai malapetaka yang lain..

Di tengah- tengahnya pula berlaku penyesalan...kalaulah tak berani sangat mungkin tak berjangkit.

Kalaulah tak balik kampung dimusim PKP ni mungkin keluarga di kampung tak dapat jangkitan. Atau mereka tak dijangkiti semasa di kampung.

Kalaulah tak pergi kenduri...

Kalaulah.....

Kalaulah....dan seribu macam kalaulah...yang penuh dengan kekesalan.....





Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...