Tuesday, May 28, 2024

Satu Pertaruhan...



......bukan berjudi ya.....


Kadang- kadang kita tengok ada drama berebut teman lelaki atau ada yang pegi rabut laki orang..
Tapi bila dah dapat apa kehendak hati ada jugak yang menyesal, ada yang tak puas hati. Tapi ada jugak yang happy ever after...
Macam orang berjudi belum tentu menang kalah...

Seorang wanita yang telah lama mendirikan rumah tangga tiba- tiba suami kawin lain. Sahabat- sahabat dia pun sangat bersimpati dan mereka pun ramai- ramai pergi hendak menenangkan dia. 

- Bagus dia kawin lain biar perempuan tu rasa apa yang saya rasa
- Sebenarnya tiada siapa yang tahu suami saya tu kaki pukul. 

Dia bernekad kalau suami dia cuba pukul dia lagi selepas mendapat punching bag yang baru, dia nak mintak cerai..

Wah! Terkejut badak habis semua orang bila dengar pengakuannya...rahsia keluarga yang tertutup selama ini telah terhambur keluar....

Seorang jiran lama saya pernah komen fasal perempuan muda kawin dengan orang tua. Katanya orang muda kawinlah sesama muda. Tak senang tau kawin dengan orang tua, nanti dia makin tua dan sakit pulak - kena pakai pampers dan tak boleh berjalan - kan ke susah!

Masa tu saya masih muda - terkejut jugak dengar orang tua kena pakai pampers. Belum pernah tahu masalah sebegitu masa tu..

Tapi kalau kawin sesama muda pun dua- dua akan tua bersama - tak tau lagi sapa yang pakai pampers kan?

Yang kelakarnya dok berebut yang handsome, kadang- kadang yang handsome tu belum pun berapa tua dah boroi dan tak kurang juga ada yang dah botak! Lepas tu mula lah gi dok cari gaduh je dengae tok laki...yang dah boroi dan botak tuh!




Wednesday, May 15, 2024

Makan Kerak Nasi


Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur je, bagi salam kuat-kuat dan terjah masuk...

Riuh rendah menyambut kedatangan kami....bila balik ni, terima kasihlah datang tengok  Makcik..hug hug kiss kiss...

Meja makan Makcik besar dan penuh dengan makanan yang lama dan baru, yang basah dan kering. Leftovers nasi goreng pagi tadi, ada cucoq jagung semalam, ada  rendang ayam, ada beberapa balang kerepek , sebungkus baulu....dan sebekas dodol...

Paling unit periuk nasi kecik  terletak di kepala meja dan di sebelahnya pulak sepiring ikan tamban kecik yang digoreng garing.

Tengoklah dah tua ni pakai periuk nasi sendiri, tak sama dengan nasi anak cucu makan. Makcik dah tak lalu makan nasi biasa, kena makan nasi yang  dibiar sampai berkerak. Lauk lain dah tak nak makan, lebih suka makan ikan jenis kecik yang digoreng rangup macam keropok...

Kami pun tergelak bila dengar cerita Makcik. Sekarang baru insaf sebab apa orang tua-tua dulu suka makan bahagian ayam yang bertulang dan tak suka ikan tenggiri sebab banyak isi..

Kalau orang tengok macam Makcik kena dera dek anak menantu katanya lagi. Makcik makan di hujung meja belah sini, anak menantu dan cucu makan di hujung sebelah  sana. Anak cucu makan ayam Makcik makan nasi berkerak . Sambil ketawa Makcik menceritakan keadaannya masa tu..

Rupanya bila dah tua selera sangat berubah makan pun dah tak banyak.

Tapi makan kerak nasi dengan ikan goreng rangup rasanya best jugak, macam kita makan snek je..


Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...